Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi
Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya yang telah dinaik taraf dengan teknologi baharu.
SUV prestasi elektrik sepenuhnya ini ialah kereta Jaguar pertama yang tampil dengan kawalan suara Amazon Alexa.
![]()
Sistem Alexa kini diintegrasikan ke dalam I-PACE sebagai fungsi interaksi semula jadi bagi melengkapkan sistem infotainmen Pivi Pro.
Alexa misalnya boleh digunakan untuk mengendalikan fungsi-fungsi seperti navigasi, rakaman media, panggilan telefon dan peranti pintar yang serasi.

Permintaan seperti "Alexa, navigate me to home," "Alexa, play my chill-out playlist" dan "Alexa show me nearby coffee shops" boleh dilakukan dengan hanya menggunakan suara.
Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mengetahui berita terkini, cuaca, menguruskan jadual, memasukkan senarai barang untuk dibeli, semuanya hanya dengan menggunakan suara.
_020222-full.jpg)
Kesemua model Jaguar terbaharu yang dilengkapi sistem Pivi Pro akan disertakan dengan Alexa.
Lebih daripada 55,000 pemilik sedia ada I-PACE yang menggunakan sistem infotainmen Pivi Pro telah ditawarkan dengan kemaskini over-the-air Alexa.

Pengarah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Alex Heslop berkata, "Integrasi yang baik antara Amazon Alexa dan sistem infotainmen Pivi Pro ini dapat memberikan pelanggan fungsi kawalan suara yang mudah dan intuitif, menjadikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan. Kemampuan kami untuk menawarkan ciri baharu ini kepada pelanggan yang sudah sedia ada membuktikan nilai perisian over-the-air kami."
Alexa ialah sistem yang cukup mudah untuk digunakan, pengguna masih boleh mengekalkan tangan pada stereng dan pandangan mata pada jalan raya.

Sistem Alexa ini juga boleh digunakan untuk mengawal peralatan pintar lain di rumah seperti pemanas atau pencahayaan daripada I-PACE, dengan hanya menyebut "Alexa, set the living room temperature to 20 degrees," misalnya.
Pelanggan di UK dan AS juga dapat mengawal dan memeriksan I-PACE di mana sahaja dengan menggunakan Jaguar Remote Skill untuk mengawal mana-mana peranti yang hadir dengan ciri Alexa.

"Alexa, ask Jaguar to check my range," "Alexa, ask Jaguar if my car is fully charged" atau "Alexa, ask Jaguar if my doors are locked" adalah antara ciri yang pelanggan boleh gunakan.
Selain model-model Jaguar yang dilengkapi Pivi Pro, fungsi ini turut ditawarkan kepada pelanggan dengan kereta yang dilengkapi sistem infotainmen Touch Pro.

Ketua Antarabangsa Automotif Alexa Amazon, Christian Mentz berkata, "Pelanggan di seluruh dunia berinteraksi dengan Alexa berbilion kali setiap minggu, menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih produktif dan menyeronokkan. Kami teruja untuk memberikan pengalaman yang menyenangkan dan memudahkan kepada pelanggan Jaguar. Memandangkan Alexa sentiasa bertambah bijak, ciri dan keupayaan baharu akan ditambah dari masa ke masa dan dihantar kepada kenderaan secara automatik."
Selain Alexa, I-PACE dilengkapi pelbagai teknologi pintar yang dapat menjadikan perjalanan lebih mudah dan menyeronokkan.
I-PACE dilengkapi Smartphone Pack yang kini datang secara standard dengan Apple CarPlay dan juga Android Auto tanpa wayar.
Pivi Pro boleh dihubungkan kepada dua telefon pintar secara serentak. Di samping itu di bahagian bawah konsol tengah terdapat pad pengecasan tanpa wayar yang turut hadir dengan fungsi penggalak signal bagi meningkatkan penerimaan rangkaian dan Wi-Fi.
Selain itu, sebelum perjalanan bermula, pelanggan boleh menetapkan masa permulaan dan penamat untuk pengecasan dengan adanya fungsi tempoh pengecasan pilihan (Preferred Charging Period) I-PACE.
Teknologi ini membantu pengguna memanfaatkan penurunan harga elektrik yang mula ditawarkan dalam banyak pasaran.
Pengguna juga boleh menetapkan state-of-charge (SoC) misalnya untuk berhenti hanya pada tahap 80 peratus.
Selain itu semua, Jaguar turut menawarkan pilihan pek premium Black untuk lebih impak visual.

Dengan pek premium ini, bahagian-bahagian seperti gril kereta, sekeliling tingkap tepi, perumah cermin sisi, logo di bahagian belakang, rim 22 inci ‘Style 5056’ jejari terpisah, spoiler belakang dan suspensi udara kereta adalah dalam kemasan hitam berkilat.
I-PACE juga kini turut ditawarkan dalam warna Ostuni White buat pertama kalinya, dan kemasan metalik ini digabungkan dengan cat metalik solid, metalik dan premium.
I-PACE terbaharu kini sudah ditawarkan di United Kingdom pada harga yang bermula daripada GBP 65,620 (RM 367,695). Tempahan boleh dibuat di jaguar.com.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!
Jaguar mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.
03-12-2024
JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5
Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.
26-11-2024
Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...
Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...
27-06-2022
Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace
Jaguar membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan Baracuta baru-baru ini.
31-12-2021
Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!
Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die'
28-10-2021
Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya
Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic telah menghidupkan edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.
22-10-2021
Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini
Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.
11-10-2021
E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!
Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.
01-07-2021
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat