Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...
-full.jpg)
Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diberikan sentuhan moden dan mewah dengan harga RM598,800.
Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia berkata, “Dengan menawarkan kemewahan moden menerusi evolusi terbaru F-PACE beriktiraf ini, kami meningkatkan lagi taraf segmen ini dengan membawakan SUV yang terbaik dalam kelasnya yang menggabungkan ciri-ciri praktikal, prestasi dan keselesaan dengan penampilan tersendiri dan teknologi terkini.”
Enjin Jaguar F-PACE 2022
Jaguar F-PACE serba baharu dikuasakan oleh enjin 250PS (247 hp) Ingenium petrol empat silinder bersaiz 2.0 liter yang menghasilkan tork 365 Nm, dengan keupayaan untuk memecut dari 0 kepada 100km/j dalam masa hanya 7.3 saat.
Rekaan Luaran Jaguar F-PACE 2022

SUV yang berprestasi tinggi ini tampil dengan gaya lebih menyerlah terutamanya yang dapat dilihat pada garis bentuk bonet kereta yang kelihatan lebih luas. F-PACE menggunakan lampu depan LED berbentuk Double J yang lengkap dengan Lampu Pencahayaan Siang (DRL).


Bergerak ke sudut belakang, F-PACE hadir dengan pintu but baharu serta bampar yang lebih rendah. Sepertimana bahagian depan, lampu belakang yang digunakan juga adalah jenis LED dengan kanta terukur yang diinspirasikan daripada model elektrik sepenuhnya, I-PACE.
Rekaan Kabin Jaguar F-PACE 2022

Gabungan warna yang digunakan pada bahagian kabin cukup serasi agar sedap dipandang mata. Bahagian bawah kabin menggunakan rona cair untuk menampakkan kereta lebih luas. Kelima-lima tempat duduk kereta ini dibalut dengan kulit. Ciri menyerlah lain dalam kabin ini ialah jahitan bola kriket yang diinpirasikan daripada hasil seni tangan ikonik British pada pelapik atas yang membaluti tempat genggam tangan.
Baca: Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace

Dari segi kemudahan, kereta lengkap dengan skrin sentuh HD kaca melengkung bersaiz 11.4-inci intuitif yang menggunakan sistem infotainmen Pivi Pro. Ciri intuitif sistem ini membolehkan pemandu melakukan 90 peratus daripada fungsi umum dengan hanya dua ketik pada skrin utama. Sistem ini turut boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Kemudahan lain yang disediakan ialah pengecas tanpa wayar.
Teknologi Jaguar F-PACE 2022

Pelbagai teknologi canggih dipasangkan pada jentera mewah ini seperti Jaguar Drive Control (dengan pilihan Comfort, Eco, Rain-Ice-Snow dan Dynamic). Kongfigurasi Dynamic membolehkan pemandu memilih ciri-ciri yang diinginkan sendiri dari segi respon enjin, poin penukar kotak gear, dan juga pengendalian stereng.
Keselesaan penumpang di dalam ruang kabin kereta dimaksimumkan lagi dengan adanya teknologi Active Road Noice Cancellation. Teknologi ini akan memantau gegaran daripada permukaan jalan dan menilai gelombang bunyi fasa bertentangan yang diperlukan untuk memadamkan bunyi bising.
Ciri lain ialah pemantau keadaan pemandu, brek kecemasan, bantuan kekal lorong, kawalan jelajah dan pengehad kelajuan di samping sistem bantuan pemandu canggih yang lain.
Baca: Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi
Harga Jaguar F-PACE 2022

Jaguar F-PACE dijual pada harga RM598,800, termasuk dengan caj SST 10%, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!
Jaguar mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.
03-12-2024
JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5
Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.
26-11-2024
Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi
Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.
23-03-2022
Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace
Jaguar membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan Baracuta baru-baru ini.
31-12-2021
Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!
Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die'
28-10-2021
Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya
Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic telah menghidupkan edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.
22-10-2021
Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini
Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.
11-10-2021
E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!
Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.
01-07-2021
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

