Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900

Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024. Roadster elektrik mewah ini ditawarkan pada harga yang bermula dari RM319,900.
Prestasi Luar Biasa
Untuk pasaran Malaysia, MG Cyberster ditawarkan dalam satu varian premium dengan sistem pacuan semua roda (AWD) menggunakan dua motor elektrik. Sistem ini mampu menghasilkan sehingga 496 hp (503 ps/375 kW) dan tork maksimum 725 Nm. Dengan konfigurasi ini, roadster kompak ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.2 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik pada 201 km/j.
Jarak Pemanduan dan Sistem Pengecasan
Dikuasakan oleh bateri bersaiz besar 77 kWj, MG Cyberster AWD menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km berdasarkan piawaian WLTP. Bateri ini menyokong pengecasan AC (7 kW) dan DC (150 kW). Dengan pengecas AC, jentera ini boleh dicas dari 10% hingga 100% dalam masa sekitar 10.5 jam, manakala dengan DC dari 10% hingga 80% pula hanya memerlukan masa selama 38 minit.
Reka Bentuk Roadster Bergaya

Cyberster menampilkan reka bentuk roadster moden dengan bentuk badan yang rendah. Antara ciri yang menyerlah ialah bumbung fabrik boleh lipat dan pintu bukaan ke atas (scissor door) automatik.


Elemen reka bentuk menarik lain adalah termasuk lampu depan LED yang bergaya, lampu belakang LED bertema Union Jack, komponen ambilan udara bawah dalam rekaan split, rim aloi 20 inci "Jetstream," serta kaliper brek merah Brembo.


Empat pilihan warna ditawarkan untuk model ini iaitu Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow dan English White. Warna Dynamic Red dan Camden Grey hadir dengan kemasan dalaman hitam-merah, manakala Inca Yellow dan English White diberikan warna tema dalaman kelabu sepenuhnya.
Kabin Mewah Yang Sarat Dengan Teknologi




Bahagian kabin Cyberster dilengkapi dengan skrin infotainmen 7 inci, kluster instrumen digital 10.25 inci yang diapit oleh dua skrin tambahan berukuran 7 inci, sistem audio 8 pembesar suara Bose, serta tempat duduk dalam balutan kulit Alcantara. Sterengnya pula dibalut kulit Nappa untuk sentuhan premium.
Sistem Keselamatan Canggih
MG Cyberster dilengkapi dengan sistem keselamatan MG Pilot yang menawarkan pelbagai ciri keselamatan aktif seperti amaran perlanggaran hadapan (FCW) dengan brek kecemasan automatik (AEB), termasuk pengesan pejalan kaki dan basikal. Selain itu, terdapat ciri kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan kesesakan trafik (TJA), amaran lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), pengesanan titik buta (BSD) dan bantuan tukar lorong (LCA), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) serta bantuan lampu suluh tinggi pintar.
Harga Jualan dan Pakej yang Ditawarkan


Roadster elektrik mewah ini ditawarkan pada harga yang bermula dari RM319,900 termasuk waranti dan pakej pembelian berikut:
- Waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km
- Waranti pek bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 180,000 km
- Waranti unit kawalan motor dan motor pacuan selama 8 tahun atau 160,000 km
- Pengecasan dengan JomCharge dan fungsi pengecasan auto secara percuma selama 1 tahun tanpa had
- Pengecas WallBox 7kW percuma

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge