- Berita
- Berita Auto
- Masih Ramai Rakyat Malaysia Pilih Proton, Patutlah Jualan Proton Mencanak Lebih 152K Tahun Lepas
Masih Ramai Rakyat Malaysia Pilih Proton, Patutlah Jualan Proton Mencanak Lebih 152K Tahun Lepas

Proton melabuhkan tirai pada tahun lepas dengan mencatatkan jualan kereta sebanyak 152,352 unit bagi pasaran domestik dan eksport.
Maka, tidak hairanlah jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk 2024 mencapai 813,521 unit dan ini adalah atahun keenam berturut-turut syarikat mencapai kedudukan kedua dalam carta.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah turut mengakui tahun 2024 merupakan tahun yang cemerlang bagi PROTON, di mana pihaknya berusaha mengharungi persaingan pasaran yang sengit.
“Dengan TIV yang melepasi 800,000 unit untuk pertama kali, kami berbangga dapat mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia, selain berjaya melancarkan model EV pertama kami pada 2024.
Dengan jualan yang cukup cemerlang itu, Proton sekali lagi menduduki tempat kedua dalam carta jualan.
Di sebalik jualan itu, Proton Saga menjadi model paling laris Proton pada tahun lepas dengan jualan sebanyak 72,769 unit.

Selain Proton Saga, Proton S70 juga berjaya menawan hati rakyat Malaysia apabila 19,182 unit sudah dihantar kepada pelanggan pada tahun 2024, sekali gus menjadikannya sedan segmen-C paling popular di negara ini.
Tidak ketinggalan, Proton X50 2024 dan Proton X70 2025 juga menerima sambutan luar biasa dengan jumlah tempahan masing-masing 8,000 unit manakala Proton X70 ( 8,992 unit).
Sementara itu, model utama dalam rangkaian, Proton X90, menamatkan tahun pertama jualannya sebagai peneraju jualan SUV D-segmen dengan 3,553 unit terjual.
Dua model PROTON yang lain, sedan segmen-B Proton Persona dan Proton Iriz, turut mencatatkan peningkatan jualan pada hujung 2024.
Persona mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 9.6% pada bulan Disember dengan 1,528 unit terjual, menjadikan jumlah keseluruhan jualan untuk tahun tersebut sebanyak 18,853 unit.
PASARAN EKSPORT
Dalam perkembangan lain, PROTON mengeksport kenderaan ke 18 negara dan mencatatkan peningkatan jualan eksport sebanyak 31% berbanding 2023.

Peningkatan pesanan dari Mesir telah mendorong jumlah eksport pada bulan Disember kepada 1,113 unit, menjadikan jumlah keseluruhan eksport untuk tahun tersebut sebanyak 4,765 unit.
Mesir juga muncul sebagai destinasi eksport utama dengan 1,748 unit pada tahun 2024.
Brunei muncul sebagai destinasi kedua paling popular, dengan prestasi jualan PROTON di Sultanate, salah satu pasaran eksport pertama, mencatatkan pencapaian yang mengagumkan.
Sebanyak 1,200 unit dieksport, mencipta rekod baru untuk negara tersebut. Bagi pecahan model, Saga mendahului dengan 2,906 unit, menyumbang sebanyak 61% kepada jumlah eksport keseluruhan, diikuti rapat oleh Proton X50 dan Proton S70.
Proton Iriz pula menjual 351 unit, mencatatkan peningkatan 10% berbanding bulan sebelumnya, dengan jumlah jualan keseluruhan untuk 2024 mencapai 5,113 unit.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

