Mazda 6e Diperkenalkan Untuk Pasaran Eropah – Sedan 'Rebadge' EZ-6 Dari China?

Pasaran Eropah bakal menerima kedatangan model kenderaan elektrik (EV) baharu, Mazda 6e, menjelang hujung tahun ini. Sedan elektrik ini merupakan Mazda EZ-6 yang diberikan penjenamaan semula (rebadge) dari China.
Berdasarkan imej yang didedahkan, Mazda 6e berkongsi reka bentuk yang sama dengan Mazda EZ-6 dengan aura sporty yang memperlihatkan bahasa reka bentuk Kodo ikonik Mazda.
Baca: Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5
Reka Bentuk Anggun Dengan Ciri Canggih


Beberapa elemen utama yang menarik perhatian termasuk gril depan yang menyala ketika kenderaan sedang dicas, pintu tanpa bingkai dengan pemegang tersembunyi, garis bumbung rendah dengan tiang C tebal menyerupai reka bentuk model fastback, spoiler belakang aktif yang direka tersembunyi, dan lampu LED yang merentangi keseluruhan bahagian belakang.






Perbezaan ketara antara Mazda 6e untuk pasaran Eropah dan EZ-6 di China hanya terletak pada logo model ‘6e’ di bahagian belakang.
Kerjasama Mazda & Changan Automobile

Mazda tidak menghasilkan EZ-6 sepenuhnya sendiri. Model ini adalah hasil kerjasama antara Mazda dan Changan Automobile melalui usaha sama dengan Changan Mazda. Oleh itu, Mazda 6e untuk pasaran Eropah turut menggunakan platform Changan EPA1 dan komponen trenkuasa yang serupa dengan model di China.
Pilihan Trenkuasa & Bateri Untuk Pasaran Eropah

Untuk pasaran Eropah, Mazda 6e ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa pacuan roda belakang (RWD) dan kapasiti bateri.
Varian asas dipasangkan dengan bateri 68.8 kWj dengan jarak pemanduan maksimum 483 km. Bateri ini boleh dicas dengan pengecas pantas DC sehingga 200 kW dengan masa pengecasan dari 10-80% dalam masa hanya 22 minit. Kuasa sebanyak 255 hp disalurkan kepada roda belakang (RWD), membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat.
Untuk jarak perjalanan lebih jauh, pilihan kedua ialah varian penambah jarak yang menggunakan bateri lebih besar, 80 kWj. Versi ini menawarkan jarak pemanduan maksimum 555 km dengan satu cas penuh. Masa yang diambil untuk dicas dari 10-80% menggunakan pengecas pantas 200 kW hanyalah 45 minit. Kuasa 241 hp disalurkan kepada roda belakang (RWD) dengan masa pecutan 0-100 km/j sepantas 7.8 saat.
Reka Bentuk Kabin Yang Premium




Walaupun dari segi jarak dan prestasi, Mazda 6e mungkin belum mampu menandingi Tesla Model 3, kelebihan model ini terletak pada reka bentuk kabin yang mewah dan ergonomik. Antara ciri penting adalah termasuk skrin infotainmen 14.6 inci, kluster digital 10.2 inci, dan penggunaan bahan premium yang mencerminkan falsafah Jinba Ittai Mazda untuk pengalaman pemanduan yang lebih harmoni.
Baca: [PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik
Pelancaran Di Pasaran Global


Mazda masih belum mengumumkan harga rasmi untuk Mazda 6e, namun model ini dijangka memasuki pasaran UK iaitu versi pemanduan sebelah kanan (RHD) pada awal 2026. Adakah Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya? Sama-sama kita nantikan.
Baca: Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge