ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kilang EV Bakal Ditubuhkan Di Sandakan, Sabah – 500 Peluang Kerja

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Maxland-Bhd.jpg


Maxland Bhd (nama lama: Priceworth International Bhd), merancang untuk melabur sehingga RM100 juta menjelang 2028 bagi menubuhkan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Sabah, lapor The Star.


Lokasi Strategik di Sandakan


Laporan yang sama turut menyebut bahawa kilang EV tersebut akan didirikan di  Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan dan dijangka mampu mewujudkan kira-kira 500 peluang pekerjaan dalam fasa ketiganya. 


Sebelum ini, Maxland Bhd melalui anak syarikatnya, Maxland Auto Sdn Bhd, telah memperoleh lesen pengilangan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) tahun lalu.


Kerjasama dengan Higer dan GoAuto


20241212150339002.jpg20241127100656464.jpg20241212163536130.jpg


The Edge melaporkan bahawa pada Mac tahun lalu, syarikat yang ketika itu masih dikenali sebagai Priceworth International Bhd, telah menandatangani kontrak tiga tahun untuk mengedar dan memasang kenderaan Higer (pengeluar bas kedua terbesar dari China) di Sabah dan Sarawak.


Laporan yang sama turut menyatakan bahawa Maxland Auto Bhd akan menjalinkan kerjasama dengan GoAuto Group, yang juga telah memperoleh hak pengedaran untuk kenderaan cekap tenaga (EEV) dan EV komersial daripada Higer.


Berdasarkan perjanjian tersebut, Higer dan GoAuto akan menyumbang dalam bentuk pemindahan teknologi dan kepakaran teknikal untuk fasiliti pengilangan, manakala Maxland Auto pula akan memberi tumpuan kepada pengedaran dan jualan di pasaran-pasaran terpilih. 

Baca: Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG

Baca: Proton Mula Pembinaan Kilang EV Berteknologi Tinggi Di Tanjung Malim

Sumber: The Edge, The Star

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Pengeluar EV Diseru Jadikan Malaysia Hab EV ASEAN – Lokasi Strategik, Infrastruktur Canggih

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia digalakkan untuk mempertimbangkan negara ini sebagai hab EV.

22-02-2024
EV

Careplus Lancar Program ESG: Kilang Pengeluaran EV yang Mesra Alam di Negeri Sembilan

Careplus Group Berhad semalam telah melancarkan program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Careplus Group.

13-08-2024
EV

Syarikat EV China Rancang Bina Kilang di Johor - JIMEX

Johor bakal menjadi hab utama pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia?

11-07-2024
EV

Pengeluar EV Diseru Jadikan Malaysia Hab EV ASEAN – Lokasi Strategik, Infrastruktur Canggih

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia digalakkan untuk mempertimbangkan negara ini sebagai hab EV.

22-02-2024
EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
Berita Auto

Gempar: MITI Perketat Syarat Import EV CBU 2026! Harga Wajib Lebih RM250K!

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dilaporkan baru sahaja mengemaskini syarat bagi syarikat AP Francais yang ingin membawa masuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Januari 2026.

31-12-2025
Berita Auto

Klausa "Penggunaan Wajib Patuh Syariah" Perodua QV-E Dipersoalkan – Ini Jawapan CEO

Perodua perjelas isu klausa 'Pematuhan Syariah' dalam dokumen Pajakan Bateri QV-E (BaaS).

03-12-2025

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.