ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_7662.JPG


Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula dari RM1,088,888, termasuk cukai jualan, atas jalan, tanpa insurans. 


Trenkuasa Mercedes-Maybach EQS SUV 



Maybach-EQS-680_-(121).jpgMaybach-EQS-680_-(52)-(1).jpg


SUV elektrik ultra mewah yang dibina berasaskan model EQS 680 ini dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menghasilkan 658 hp dan tork 950 Nm, membolehkannya membuat pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.4 saat. Kelajuan maksimum pula dihadkan kepada 210 km/j.


SUV ini menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan bateri berkapasiti 118 kWj, membolehkannya mencapai jarak pemanduan sejauh 602 km mengikut standard WLTP. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 200 kW.


Masa yang diambil untuk dicas dari 0% ke 100% dengan AC ialah 6 jam 15 minit, manakala dengan pengecas pantas DC dari 10% ke 80% pula hanyalah 31 minit. 


Rekaan Mercedes-Maybach EQS SUV 


IMG_7666.JPG

Screenshot-2025-02-25-at-8.38.36 AM.pngScreenshot-2025-02-25-at-8.38.51 AM.png


Dari segi dimensi, Mercedes-Maybach EQS SUV mempunyai panjang 5,128 mm, lebar 2,156 mm, tinggi 1,717 mm dan jarak roda sepanjang 3,211 mm. Dengan berat mencecah 3,203 kg, SUV ini menjanjikan kestabilan optimum di atas jalan.


IMG_7669.JPG

Maybach-EQS-680-Night-Series_-(35).jpgMaybach-EQS-680-Night-Series_-(14).jpg


Pakej rekaan Night Series turut ditawarkan yang memberikan gaya lebih eksklusif


Rekaan luaran SUV ini menonjolkan identiti mewah Maybach dengan gril ikonik, lampu belakang LED 3D Helix Design, serta pilihan warna dua tona eksklusif yang menyerlahkan keanggunannya.


Ciri lain yang melengkapkan rekaannya termasuk lampu DIGITAL LIGHT dengan fungsi projektor, pemegang pintu jenis terbenam, bumbung panoramik boleh laras, kaca privasi, serta rim 21 inci dengan rekaan eksklusif Maybach.


Bagi versi dengan pakej rekaan Night Series, model ini diberikan gaya lebih eksklusif termasuk logo Maybach dalam warna rose gold, kemasan krom gelap, panel gril dengan corak garisan lebih gelap dan sebagainya. 


Kabin Mercedes-Maybach EQS SUV 


Maybach-EQS-680_-(43).jpgMaybach-EQS-680-Night-Series_-(39).jpg


Kabin versi standard (kiri) dan Night Series (kanan) Mercedes-Maybach EQS SUV 


Bahagian kabin SUV ini pula sarat dengan penggunaan material premium diserlahkan oleh upholsteri kulit Nappa, elemen kayu berkualiti tinggi dan karpet berbulu tebal yang mewah. Untuk versi Night Series, tema kemasan berwarna hitam digunakan di ruangan kabin. 


Maybach-EQS-680_-(63).jpgMaybach-EQS-680-Night-Series_-(46).jpg


Ruang penumpang belakang versi standard (kiri) dan Night Series (kanan) Mercedes-Maybach EQS SUV 


Selain itu, SUV ini secara standard, dilengkapi sistem audio keliling Burmester 4D, skrin MBUX Hyperscreen dengan paparan eksklusif Maybach, serta Sistem hiburan MBUX khas Maybach. SUV ini juga dilengkapi pengecas tanpa wayar untuk penumpang hadapan dan belakang.


Praktikal untuk kegunaan, harian,  kapasiti ruang kargo di belakang ialah 645 liter, namun model ini tidak dilengkapi dengan ruang simpanan hadapan (frunk).


Teknologi Mercedes-Maybach EQS SUV 


Maybach-EQS-680_-(56).jpgMaybach-EQS-680_-(76).jpg


Mercedes-Maybach EQS SUV dibina menggunakan platform Electric Vehicle Architecture (EVA) dan dilengkapi pelbagai teknologi canggih. Antara ciri yang tersedia termasuk Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) penuh, dashcam, sistem keselamatan Guard 360°, modul komunikasi 5G, navigasi EQ pintar, serta papar pandu (HUD) MBUX. 


Screenshot-2025-02-25-at-8.44.11 AM.png


Pilihan Warna Mercedes-Maybach EQS SUV 


Model ini hadir dalam lima kombinasi warna mewah, iaitu Obsidian Black/Selenite Grey Metallic, Obsidian Black/Manufaktur Kalahari Gold Metallic, Velvet Brown/Onyx Black Metallic, High-Tech Silver/Nautic Blue Metallic dan High-Tech Silver/Obsidian Black Metallic. 


Pakej Night Series didatangkan dalam pilihan warna Obsidian Black,  Manufaktur Diamond White Bright, dan warna dua tona Obsidian Black/Mojave Silver. 


Pembelian Warna Mercedes-Maybach EQS SUV 


Mercedes-Maybach EQS 680 SUV ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula dari RM 1,088,888.00 (termasuk 10% ST) untuk Semenanjung Malaysia. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans. Pelbagai aksesori atau ciri tambahan ditawarkan, boleh layari https://mb4.me/maybach-eqs-suv.



Screenshot-2025-02-25-at-8.38.16 AM.png

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

25-02-2025
Berita Auto

12-03-2024
Berita Auto

28-11-2022
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
Kereta Baru

09-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.