Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4. Seperti yang dijangkakan, model ini hadir dalam dua bentuk badan iaitu sedan dan hatchback, kedua-duanya direka berdasarkan falsafah rekaan "Opposites United" yang menjadi identiti unik kenderaan elektrik (EV) Kia.
Walau dalam bentuk badan berbeza, kedua-dua varian EV4 berkongsi rekaan sudut hadapan yang sama iaitu lampu LED menegak dengan jalur DRL halus di bahagian sisi. Ciri futuristik dan aerodinamik model ini diserlahkan dengan permukaan depan yang direka rata dengan garisan halus, tanpa gril.
Sedan Yang Elegan & Hatchback Yang Sporty


Perbezaan antara kedua-dua versi ini dapat dilihat dengan ketara dari sudut tepi. EV4 versi sedan menampilkan reka bentuk fastback dengan cermin belakang landai dan juntaian (overhang) belakang yang panjang, memberi imej lebih premium dan aerodinamik. Ia juga diberikan tiang C tebal dan bumbung kaca penuh. Di bahagian belakang, lampu LED yang menegak memberikan kesinambungan rekaan daripada bahagian hadapan.

EV4 hatchback masih mengekalkan sentuhan aerodinamik yang sama seperti versi sedan, namun menurut Kia ia hadir dengan “karakter tersendiri.” Dengan lengkungan roda yang lebar, versi ini kelihatan lebih agresif. Sudut belakang juga berbeza dengan lampu LED berbentuk L bersama jalur lampu halus menghubungkan kedua-dua lampu. Sudut atas di bahagian ini dipasangkan dengan spoiler yang memberikannya imej hot-hatch yang lebih agresif.
Versi GT-Line Lebih Agresif dengan Rim 19 Inci

Bagi yang mahukan gaya lebih garang, Kia turut menawarkan varian GT-Line untuk kedua-dua model sedan dan hatchback. Varian ini dilengkapi dengan rim bersaiz 19 inci serta kit badan berwarna hitam.
Ruang Kabin & Trenkuasa Masih Misteri
Setakat ini, Kia masih belum mendedahkan imej bahagian kabin EV4. Namun, berdasarkan model Kia EV3 dan EV5, kita boleh menjangkakan kabin yang futuristik, minimalis serta sarat dengan pelbagai teknologi dan kemudahan moden.
Baca: Kia EV5 Dipamerkan Di Kia EV Day 2024 – Capai 540 KM, Sentuhan Rekaan EV9
Spesifikasi trenkuasa seperti motor elektrik dan baterinya masih dirahsiakan. Namun, memandangkan EV4 dibangunkan atas platform E-GMP yang sama dengan model Kia EV lain, tidak mustahil ia akan menerima spesifikasi serupa dengan crossover EV3.
Penampilan Perdana di Kia EV Day 2025

Seperti model elektrik Kia yang lain, EV4 juga merupakan produk global, dan dengan kehadiran versi konsepnya di Kia EV Day APAC tahun lalu, ada kemungkinan besar model ini akan memasuki pasaran Asia, termasuk Malaysia.
Butiran lengkap mengenai Kia EV4 dijangka akan didedahkan semasa acara Kia EV Day 2025 yang bakal berlangsung di Tarragona, Sepanyol pada 27 Februari ini.
Baca: Konsep Kia EV4 Dipertontonkan: Apabila Elemen Futuristik, Elegan & Sporty Digabungkan
Baca: Ini Dia Imej Acah Kia EV2, EV4 & PV5 – Kemunculan Global 27 Feb Ini Di Kia EV Day
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG2038
SELANGOR
BSR6041
JOHOR
JA3041J
PULAU PINANG
PSD7824
PERAK
APJ8429
PAHANG
CFH1632
KEDAH
KGH1051
NEGERI SEMBILAN
NEK9215
KOTA KINABALU
SJT985
KUCHING
QAB2031P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat