BIMS 2025: BYD Tawar Potongan Harga Besar-Besaran, Pembeli BYD Bengang Habis

BYD Shark 6 PHEV dikatakan antara model paling mahal dalam barisan model BYD di Thailand memandangkan ia dijual pada harga 1,699,900 bhat (RM220,000).
Model itu baru sahaja dilancarkan pada pameran Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025).
Namun di sebalik ketibaan model itu, kehadiran BYD di BIMS 2025 sebenarnya menyaksikan pembuat kereta itu melakukan pemotongan harga yang cukup agresif.
BYD dilihat menawarkan lebih banyak diskaun walaupun kerajaan Thailand telah mengumumkan pada pertengahan 2024 bahawa ia akan memantau strategi diskaun BYD.
Keputusan ini dibuat susulan laporan bahawa kakitangan jualan mengaburi mata pelanggan mengenai kestabilan harga.
Sebaliknya, pelanggan akan melihat harga kereta BYD menurun lebih jauh selepas pembelian.
Dengan pengurangan harga terbaharu ini, maka tidak mustahil akan ada lebih banyak aduan daripada pelanggan selepas BIMS 2025.


Sebelum ini, BYD Dolphin dan Atto 3 turut ditawarkan harga diskaun di Thailand
Model kemasukan BYD Dolphin kini ditawarkan dengan diskaun sehingga 110,000 bhat (RM14,200), menjadikan harga:
🔹 Dolphin Standard – Dari 569,900 bhat (RM73,500) ke 499,900 bhat (RM64,400)
🔹 Dolphin Premium – Dari 709,900 bhat (RM91,500) ke 599,900 bhat (RM77,300)
Sementara itu, model popular BYD Atto 3 turut menerima potongan harga sebanyak 100,000 bhat (RM12,900) dimana varian:
🔹 Atto 3 Premium – Kini berharga 699,900 bhat (RM90,200)
🔹 Atto 3 Extended – Kini berharga 799,900 bhat (RM103,000)

Potongan harga ini menjadikan kenderaan elektrik BYD berjaya menarik perhatian pembeli di Thailand.
Malah, harga BYD M6 MPV elektrik kini ditawarkan pada harga jauh lebih murah disebabkan penurunan harga di Thailand
Berikut perinciannya:
🔹 M6 EV Dynamic – Dari 829,900 bhat (RM106,800) ke 799,900 bhat (RM103,000)
🔹 M6 EV Extended – Dari 929,900 bhat (RM119,700) ke 899,900 bhat (RM115,900)
Penurunan harga ini menjadikan M6 EV menjadi pilihan lebih menarik bagi mereka yang mencari MPV elektrik bajet di Thailand.

Selain itu, BYD Seal juga menerima pengurangan harga yang agak ketara dalam barisan model BYD:
🔹 Seal Dynamic – Dari 1,325,000 bhat (RM170,600) ke 999,900 bhat(RM128,700)
🔹 Seal Premium – Dari 1,449,000 bhat (RM186,500) ke 1,099,900 bhat (RM141,700)
🔹 Seal AWD Performance – Dari 1,599,900 bhat (RM206,000) ke 1,199,900 bhat (RM154,500)
Dengan tawaran diskaun ini, BYD Seal kini jauh lebih kompetitif, menjadikannya pilihan lebih menarik dalam pasaran sedan elektrik berprestasi tinggi.

Tidak ketinggalan BYD Sealion turut ditawarkan dengan harga diskaun di Thailand
🔹 Sealion 7 Premium – Dari 1,249,900 bhat (RM161,100) ke 1,149,900 bhat (RM148,200)
🔹 Sealion 7 AWD Performance – Dari 1,399,900 bhat (RM180,400) ke 1,249,900 bhat (RM161,100)
Ini pula harga BYD Sealion 6 DM-i di Thailand:
Selain Shark 6 PHEV yang baru dilancarkan, Sealion 6 DM-i—satu-satunya model hibrid lain dalam barisan BYD—juga menerima penurunan harga:
🔹 Sealion 6 DM-i Dynamic – Dari 999,900 bhat (RM128,700) ke 899,900 bhat (RM115,900)
🔹 Sealion 6 DM-i Premium – Dari 1,099,900 bhat (RM141,700) ke 999,900 bhat (RM128,700)

Apapun, diskaun secara besar-besaran yang ditawarkan oleh BYD sebenarnya terus memberikan tekanan kepada pesaing di pasaran EV & hibrid di Thailand
Dengan gelombang penurunan harga ini, BYD semakin agresif dalam pasaran EV sekali gus menyebabkan pembeli baharu berasa gembira kerana dapat membeli EV pada harga rendah.
Namun, ini mungkin menyebabkan pelanggan sudah terbeli BYD pula berasa rugi besar.
Bagaimanapun, aktik diskaun besar seperti ini bukan sahaja menurunkan nilai jualan semula kenderaan BYD, tetapi juga menimbulkan kebimbangan mengenai kepercayaan terhadap strategi harga jenama ini.
Jika anda baru sahaja membeli BYD sebelum penurunan drastik ini, bagaimana perasaan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge