BIMS 2025: Mazda 6e Ditayang Dulu, Bakal Menyusul Di M'sia Pun???

Selain jenama automotif China yang biasa mendominasi, Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025), Mazda juga menayangkan model sedan elektrik terbaharunya, Mazda 6e.
Ia adalah versi pasaran global bagi Mazda EZ-6, yang sebelum ini eksklusif untuk pasaran China.
Selepas penampilan sulungnya di Eropah awal tahun ini, Mazda 6e yang dipamerkan di BIMS 2025 adalah versi pemanduan sebelah kiri (LHD).


Walaupun kehadirannya di BIMS 2025 hanya sebagai pratonton, Mazda Thailand mengesahkan bahawa versi pemanduan sebelah kanan (RHD) akan membuat debut rasmi di Thailand menjelang akhir tahun ini.
Media Thailand menggambarkan Mazda 6e adalah "kenderaan elektrik pertama yang 100% dibangunkan oleh Mazda di bawah pendekatan teknologi multi-solution".
Namun, bagi mereka yang mengikuti laporan awal kami mengenai EZ-6, pasti tahu bahawa 6e sebenarnya berkongsi platform dengan Changan Deepal L07.
Bagi yang belum tahu, Changan ialah rakan kongsi lama Mazda di China, di mana pengeluar automotif China ini turut membantu menghasilkan beberapa model Mazda untuk pasaran domestik negara itu.
Buat masa ini, apa yang didedahkan oleh Mazda Thailand ialah Mazda 6e akan disumbat dengan pek bateri 80 berkapasiti kWj dimana ia mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 522 km.

Menyentuh mengenai pengecasan pantas, baterinya boleh dicas dari 30% hingga 80% dalam hanya 15 minit.
Selain itu, tiada butiran lanjut yang didedahkan oleh pengeluar kereta itu.
Biarpun, Mazda Thailand sudah mengesahkan kehadiran sedan elektrik Mazda 6e ke pasaran mereka, namun timbul pula persoalan sama ada pengedar rasmi Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto), ada rancangan untuk membawa masuk EV bergaya ini ke pasaran kita/
Menariknya, BAuto yang juga merupakan pengimport dan pengedar rasmi jenama Deepal EV milik Changan di Malaysia.
, SUV elektrik Deepal S07 dijangka akan menjadi model pertama jenama itu yang dilancarkan secara rasmi di sini.
Jadi, adakah kemungkinan besar Mazda 6e turut membuat debut tempatan bersama Deepal S07 hujung tahun ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat