Neta 'Di Hujung Tanduk' – Terima Talian Kredit RM1 Bilion Dari Thailand

Walaupun Neta Auto berusaha menyangkal khabar angin mengenai krisis kewangan yang dihadapi, perkembangan terkini menunjukkan yang sebaliknya. Syarikat ini baru sahaja mendapatkan talian kredit THB10 bilion (~RM1.1 bilion) di Thailand, mencerminkan cabaran kewangan yang semakin meruncing dalam usahanya untuk meneruskan operasi.
R&D di China ‘Hilang’ Harapan
Neta mungkin menafikan sebarang rancangan untuk membubarkan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka, tetapi keadaan di ibu pejabat Shanghai menunjukkan yang sebaliknya.
Laporan terbaru menggambarkan pejabat yang lengang, dengan pekerja kelihatan tidak produktif, hanya melayari telefon atau berehat panjang.

“Ramai pembekal menunggu bayaran mereka yang masih tertunggak,” dedah seorang pekerja.
“Ada yang telah menunggu selama berbulan-bulan, bahkan bertahun, tanpa sebarang jalan penyelesaian.”
Beban hutang Neta dianggarkan mencecah RMB10 bilion (~RM6.1 bilion) terus menekan syarikat. Dalam masa yang sama, potongan gaji menyebabkan ramai pekerja hanya menerima gaji minimum Shanghai, memaksa mereka meninggalkan syarikat.
Pembiayaan Baharu Belum Cukup untuk Menyelamatkan Situasi
Langkah mendapatkan kredit di Thailand dilakukan di saat Neta masih berusaha mendapatkan dana baharu. Pusingan pembiayaan Siri E yang dirancang menyasarkan RMB4-4.5 bilion (~RM2.5-2.7 bilion), dengan RMB3 bilion (~RM1.8 bilion) dijangka datang daripada seorang pelabur utama, namun setakat ini, dana tersebut masih belum diterima.
"Semua orang, termasuk pembekal dan pekerja masih menunggu pembiayaan untuk menghidupkan semula syarikat," kata seorang pekerja.
Operasi di Ambang Kejatuhan

Kesukaran untuk mendapatkan dana membuatkan operasi Neta di China semakin goyah. Tiga kilang besarnya dilaporkan telah ditutup dengan media sosial dibanjiri foto-foto penutupan cawangan jualannya di Nanjing, Shanghai dan Sichuan. Dalam prospektus untuk penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong, Neta mengakui mengalami kerugian sebanyak RMB18.4 bilion (~RM11.3 bilion) antara 2021 hingga 2023.
Walaupun Neta pernah menjadi peneraju jualan EV dalam kalangan syarikat baharu di China pada 2022 dengan 152,000 unit terjual, syarikat itu masih gagal mencatatkan keuntungan. Tahun ini, keadaan bertambah buruk dengan jualan pada bulan Januari merosot 98% berbanding tahun sebelumnya, manakala Februari mencatatkan jualan kurang daripada 400 unit.
Ini ‘diparahkan’ lagi dengan peletakan jawatan beberapa eksekutif penting seperti bekas ketua pegawai teknologi (CTO), Dai Dali dan ketua bahagian pemanduan autonomi, Wang Junping untuk menyertai firma lain.
Cuba Mencari 'Cahaya' di Pasaran Luar Negara

Pengasas Neta, Fang Yunzhou, kini memberi tumpuan terhadap pasaran luar negara dan produk dengan margin keuntungan lebih tinggi. Syarikat menyasarkan untuk mencapai margin kasar positif menjelang 2025 dan keuntungan penuh pada 2026.
Di Thailand, strategi ini tampak berhasil dengan jualan mencecah 7,969 unit. Namun, di Malaysia, sambutan terhadap jenama ini sangat kurang memberangsangkan dengan hanya 271 unit didaftarkan sepanjang 2024 dan 16 unit dalam dua bulan pertama 2025.
Persoalannya kini, adakah talian kredit di Thailand ini mampu membawa kebangkitan semula Neta, atau sekadar bantuan sementara sebelum nama syarikat ini terkubur sepenuhnya?
Sumber: CarNewsChina
Baca: Pembeli Kecewa EV Neta Hanya Capai 40 KM 1 Cas Penuh
Baca: Neta Bakal Terkubur? Krisis Kewangan Meruncing, Bubar Pasukan R&D
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4954
SELANGOR
BSR6729
JOHOR
JA4465J
PULAU PINANG
PSD8791
PERAK
APJ9277
PAHANG
CFH1899
KEDAH
KGH1474
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1343
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Baru Tiga Bulan Beroperasi, Neta 'Hilang' Dari Singapura Tanpa Jejak
Kurang tiga bulan selepas kemunculan sulungnya di Singapura, Neta dilaporkan telah menutup satu-satunya bilik pamerannya di negara itu.
07-04-2025
Neta Bakal Buang 400 Pekerja Di Thailand
Hozon Auto, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China yang juga pemilik jenama Neta Auto, kini berdepan cabaran kewangan yang kian meruncing.
27-12-2024
Neta Bakal Terkubur? Krisis Kewangan Meruncing, Bubar Pasukan R&D
Pengeluar kenderaan dari China, Neta, nampaknya masih bergelut dengan masalah kewangan yang berlarutan sejak tahun lalu.
19-03-2025
Neta Bakal Buang 400 Pekerja Di Thailand
Hozon Auto, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China yang juga pemilik jenama Neta Auto, kini berdepan cabaran kewangan yang kian meruncing.
27-12-2024
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat