ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Audi-Q7----1280x960-1.jpg

PHS Automotive Malaysia (PHSAM), pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia mengesahkan Audi Q7 flagship pemasangan tempatan (CKD) Q7 akan dilancarkan secara rasminya pada bulan Mei ini.

Ini bermakna SUV tersebut bukan sahaja akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

SUV 7 tempat duduk flagship Audi ini akan dijual pada harga anggaran antara  RM469,000 hingga RM489,000.

Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata, Audi Q7 merupakan SUV pertama yang diperkenalkan oleh Audi 20 tahun lalu.

“’Namun ia kekal menjadi penanda aras dalam segmen SUV premium mewah. Sebagai model pemasangan tempatan, ia akan ditawarkan pada harga yang kompetif, selain meluaskan portfolio model dan mengukuhkan keberadaan kami di pasaran Malaysia. 

“Kuasa yang lebih mantap dan pengendalian lancar Q7 bukan sahaja boleh dilihat, malah boleh dirasai sendiri oleh pemandunya,” katanya.

Audi-Q7----1280x960-4.jpg

Melihat penampilan Q7, ia hadir dengan gayaan S line pada  rekaan bampar hadapan dan belakang serta ada skirting sisi yang menyerlahkan lagi karakternya yang sporty. 

Dengan Black Styling Package Plus, penampilan Q7  ditingkatkan melalui penggunaan Audi Singleframe dan lencana Q7. 

image.png

Terdapat logo Audi di hadapan dan belakang yang berwarna  warna kelabu (anthracite grey). 

Malah, spoiler belakang dan rim Audi Sports 5-V-spoke bersaiz 22 inci itu menyerlahkan gaya yang begitu agresif.

Selain itu,  Q7 juga dilengkapi dengan  lampu utama HD Matrix LED baharu yang terdiri daripada Audi Laser Light dan Digital OLED pada lampu belakang.

TRENKUASA: 

Mengenai trenkuasa, Q7 menggunakan enjin petrol TFSI V6 bersesaran 3.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 250 kW (340 PS) dan tork 500Nm.

image.png

Sistem MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle) menggunakan teknologi 48V untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan emisi.

Rangkaian kuasa ini membolehkan Q7 memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat, dengan pecutan maksimum mencecah 250km/j. 

Kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi Triptronic 8 kelajuan dengan agihan pintar ke keempat-empat roda menerusi sistem pacuan semua roda sepanjang masa quattro.

KABIN: 

Difahamkan,  Q7 didatangkan dengan kemasan kulit Valcona pada tempat duduk Sports Seat Plus dengan sulaman logo S dan terdapat dan paddle shifter.

Audi-Q7----1280x960-2.jpg

 Selain itu, pakej lampu ambien (Ambient Lighting Package Plus) menawarkan 30 pilihan warna 

Tempat duduk baris kedua boleh direbahkan manakala tempat duduk baris ketiga boleh menempatkan dua orang penumpang dan boleh diakses dengan mudah apabila kerusi baris kedua ditolak ke hadapan.

Audi-Q7---1280x960-3.jpg

Ciri-ciri standard lain termasuklah fungsi urutan pada kerusi hadapan, pendingin hawa 4 zon, pad pengecasan tanpa wayar, pintu but boleh dibuka dengan pergerakan kaki dan sistem bunyi premium 3D Bang & Olufsen.

Audi-Q7---1280x960-5.jpg

Bagi yang berminat, Q7 hadir dalam empat warna luaran – putih (Glacier White), biru (Waitomo Blue) dan hitam (Mythos Black).

Untuk keterangan lanjut, layari www.audi.com.my .


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2420

SELANGOR

BSP108

JOHOR

JYU4311

PULAU PINANG

PSB2687

PERAK

APG4941

PAHANG

CFG1524

KEDAH

KGF1925

NEGERI SEMBILAN

NEJ9813

KOTA KINABALU

SJR2795

KUCHING

QAB5250N

Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025
Global

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025
Berita Auto

Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini

Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi.

28-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.