Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 9L, Bukan Sekadar SUV Lasak, Ganas Tapi Cukup Pintar?

Di Auto Shanghai 2025, Chery turut menayangkan SUV erbaharunya, Chery Tiggo 9L serba baharu yang direka untuk memenuhi keperluan pembeli yang sudah berkeluarga mahupun kepada individu yang mahu menggunakan sebuah SUV itu tujuan ke tempat kerja termasuk melakukan penggembaraan pada hujung minggu.
Sekilas pandang, Chery Tiggo 9L memberikan penampilan berani serta ia sebenarnya diilhamkan daripada kenderaan lasak klasik seperti Land Cruiser.

Rekaan badan yang lebar, garis tajam, dan garis bumbung yang rata sebenarnya cukup memukau manakala gerbang roda yang tegap dan lampu indicator yang lebar menambah lagi daya tarikan lasaknya.


Menjengah bahagian hadapannya, ia dipasangkan dengan bar lampu LED yang bergaya merentangi gril, diapit oleh lampu utama berbentuk segi empat yang memberikan rupa yag cukup menyakinkan.
Manakala, logo Chery yang tertera di tengah-tengah jentera itu mengukuhkan identiti jenama dengan sentuhan berani.
Dari profil sisi pula, SUV ini mengekalkan penampilan yang cukup kemas. Dengan adanya, rak bumbung, ia menonjolkan ciri pengembaraan, manakala radar laser yang dipasang di atas menunjukkan ia hadir dengan teknologi canggih yang tersembunyi.
Namun, Tiggo 9L bukan sekadar untuk bergaya. Menurut Chery, Tiggo 9L akan menggunakan sistem pemanduan pintar Falcon 700, dan ia merupakan model pertama dalam barisan tersebut yang menggunakan cip AI 3nm keluaran Chery. Ini membolehkan tindak balas yang amat pantas dan kawalan yang lancar, hasil daripada integrasi AI.
Dari segi trenkuasa, ia dikuasakan oleh sistem hibrid Kunpeng CDM-S keluaran Chery, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 270 hp dan 400 NM.
Sistem ini digandingkan dengan transmisi pintar DHT baharu yang mampu mencecah sehingga 24,000 RPM. Ditambah dengan tetapan tiga motor elektrik (triple e-motor) iaitu dapat menghasilkan kuasa sebanyak 310 hp selain menawarkan sistem pacuan semua roda (AWD).
Untuk itu, ia mampu menawarkan kuasa, cengkaman dan keupayaan pengendalian yang cukup luar biasa.
Pendek kata, Tiggo 9L bukan sahaja kelihatan berkuasa tetapi disokong oleh prestasi sebenar dan kecerdasan generasi baharu. Ia turut menggabungkan utiliti lasak SUV biasa dengan teknologi terkini Chery dalam elektrifikasi dan AI.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Nahas Berantai SUV Terbakar
Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.
07-04-2026
Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN
Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.
11-03-2026
Chery Tiggo 9 PHEV CSH Bakal Tiba Di Malaysia Tahun 2026 – Capai 1,400 KM, Kabin Mewah
Perkembangan terkini dari Chery International User Summit (CIUS) 2025 kali ini membawa khabar gembira buat peminat dunia automotif tanah air.
22-10-2025
Imej Chery Tiggo 8 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Ada 2 'Wajah' Berbeza?
Chery akhirnya mendedahkan imej rasmi Tiggo 8 generasi kedua di China. SUV bersaiz sederhana ini tampil dengan ukuran yang lebih gah dan dua rekaan sudut hadapan berbeza.
29-09-2025
Chery Tiggo 4 Pro Raih ANCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Menjelang pelancaran Chery Tiggo 4 Pro di Malaysia, model SUV kompak ini telah dianugerahkan penarafan keselamatan 5 bintang oleh ANCAP.
06-03-2025
Chery Tiggo 8 Pro Ditawarkan Dalam Warna Baharu! Hijau Elegan, Hanya 120 Unit
Chery Malaysia akan mengeluarkan 120 unit terhad Tiggo 8 Pro dengan warna eksklusif, Aurora Green.
03-04-2024
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat