BYD Pinjamkan 5 Model EV Kepada MOT Selama 6 Bulan

Dalam usaha mempercepatkan peralihan kepada mobiliti rendah karbon, BYD Sime Motors telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi program ‘Jom Pandu BYD Bersama MOT’.
Pandu Uji Kenderaan Elektrik Selama 6 Bulan

Program selama enam bulan ini membolehkan kakitangan MOT merasai sendiri pengalaman memandu barisan penuh kenderaan elektrik (EV) BYD. Usaha ini turut mendapat kerjasama Gentari, penyedia infrastruktur pengecasan EV negara.
Majlis pelancaran program berlangsung di ibu pejabat MOT di Putrajaya, disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bersama Pengarah Urusan Sime Motors bagi rantau Asia Tenggara, Jeffrey Gan.
Turut hadir ialah YB Datuk Haji Hasbi Bin Habibollah, Datuk Jana Santhiran Muniayan, serta wakil dari Gentari, Adeline Lew dan Shah Yang Razalli.
5 Model EV BYD Disediakan

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, BYD Sime Motors akan menyediakan lima model EV kepada MOT, iaitu BYD Sealion 7, BYD Seal, BYD Atto 3 Ultra, BYD Dolphin dan BYD M6.
Langkah ini bertujuan membolehkan kakitangan kementerian menilai sendiri prestasi, keselesaan dan ciri praktikal EV untuk kegunaan harian.
Pengalaman Imersif, Dorong Peralihan Lebih Pantas


“Program ini adalah satu langkah penting ke arah masa depan yang lebih bersih,” ujar Jeffrey Gan. Beliau menyatakan bahawa BYD, sebagai jenama EV nombor satu di Malaysia, bangga menyokong usaha MOT dalam mengurangkan pelepasan karbon.
“Kami percaya pengalaman ini akan mendorong lebih ramai, termasuk warga kerja sektor kerajaan untuk beralih kepada EV,” tambah beliau lagi.
Gentari Sedia Pengecas EV di MOT Putrajaya
Sebagai rakan infrastruktur utama BYD, Gentari telah memasang dua pengecas AC 22 kW di ibu pejabat MOT. Pengecas yang dijangka akan mula diaktifkan dalam masa sebulan lagi ini dibuka kepada kakitangan kerajaan sahaja.
Gentari kini mengendalikan lebih 530 pengecas EV di seluruh negara, selari dengan sasaran nasional untuk menyediakan 10,000 pengecas awam menjelang 2025 seperti digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Bukan Sekadar Pandu Uji
Lebih daripada sekadar kempen uji pandu, inisiatif ini turut menyokong integraso EV dalam operasi harian sektor awam, sekaligus mempercepatkan perubahan ke arah sistem pengangkutan mampan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat