Dilancar: Volvo EX90 SUV Paling Selamat, Maka Harganya Pun Boleh Tahan

Volvo Cars Malaysia (VCM) melancarkan secara rasminya Volvo EX90 yang merupakan model import sepenuhnya untuk pasaran tempatan, pagi tadi.
Untuk pasaran tempatan, EX90 hadir dalam varian Ultra Twin dengan spesifikasi kuasa dan trim tertinggi.
Ia dijual pada harga bermula dari RM442,888.

Untuk makluman, EX90 merupakan SUV flagship Volvo pertama yang dilengkapi dengan pengimbas Lidar.
Ini bermakna, model ini mampu mengimbas keadaan persekitaran bagi memastikan keselamatan penumpang, tidak kira sama ada ia dipandu, atau sedang berhenti.
Ia juga boleh mengimbas penumpang, dan memberikan amaran sekiranya terdapat situasi membimbangkan.
Malah, ia juga dibina dengan sistem perkakasan yang bersedia untuk pemanduan autonomi.


Menjengah luarannya, ia hadir dengan rekaan Scandinavia yang cukup elegan dimana ia menjadi kenderaan keluarga EV sepenuhnya yang menekankan keanggunan dan aerodinamik.
Sementara itu, reka bentuk hadapannya agak melengkung, tingkapnya jenis rata, manakala pemegang pintunya juga jenis tersembunyi.


Keadaannya luarannya itu menyebabkan ia mampu menghasilkan pekali seretan serendah 0.29 tanpa menjejaskan penampilan jalan ikonik sebuah SUV Volvo canggih.
Lampu hadapan High-Definition Pixel EX90 pula menampilkan 1.3 juta piksel untuk setiap modul.


Menjengah bahagian kabinnya, EX90 didatangkan dengan skrin infotainmen 14.5 inci, bumbung panoramik berlamina, Pilot Assist dengan kawalan jelajah adaptif, kamera 360 darjah dengan pandangan 3D, pintu belakang jenis berkuasa, dan terdapat sistem pendingin hawa empat-zon untuk keselesaan menyeluruh.
Varian Ultra untuk pasaran tempatan menampilkan casis aktif dengan suspensi udara, fungsi urutan dan sokongan sisi berkuasa untuk tempat duduk barisan pertama, hadir dengan rim Aero lapan jejari bersaiz 21 inci, serta cermin sisi dan belakang berlamina.


Antara kelengkapan lain ialah, ia hadir dengan tempat duduk ortopedik gaya teater bagi memastikan keselesaan semua penumpang, dengan fungsi urutan di barisan pertama manakala tempat duduk ‘booster’ juga dibina dalam untuk keselamatan kanak-kanak.
Selain itu, EX90 juga dan hadir dengan sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity dengan 25 pembesar suara.
Bukan itu, sahaja Volvo EX90 merupakan model pertama yang dilengkapi dengan pencahayaan dalaman SunLike — teknologi LED tanpa kelipan yang meniru cahaya matahari semula jadi.
Semua lampu bukan hiasan dalam EX90 — sama ada di bumbung, lantai, poket pintu atau ruang but — dilengkapi pencahayaan SunLike secara standard.

Ia yang hadir dengan perisian Performance AWD mampu menjana kuasa maksimum 380 kW (517 hp) dan tork 910 Nm.
Difahamkan, SUV ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam hanya 4.9 saat.
Dari segi ciri keselamatan, anda jangan risau kerana EX90 direka untuk menjadi model Volvo paling selamat setakat ini.
Ia melindungi penumpang dan pengguna jalan raya menerusi sistem Safe Space Technology.
Safe Space Technology merangkumi sistem brek automatik, bantuan stereng, bantuan kekal lorong dan amaran keselamatan yang berfungsi seperti jurupandu anda.
EX90 mampu mengesan risiko pelanggaran, sama ada di hadapan atau belakang, dan memberi amaran kepada pemandu serta mengambil tindakan automatik dengan membrek dan membelok jika perlu.

Ia turut dilengkapi dengan sistem bantuan kekal lorong, mitigasi lorong bertentangan & terbabas jalan, pengesanan pengguna jalan raya yang mengurangkan risiko pelanggaran
Fungsi baharu yang diperkenalkan ialah Lane Change Assist, di mana kenderaan akan menukar lorong secara automatik dengan hanya menghidupkan penunjuk arah apabila terdapat ruang selamat.
Bagi yang berminat, EX90 ditawarkan dalam empat pilihan warna — Onyx Black, Crystal White, Vapour Grey, dan warna baharu Sand Dune.
Pelanggan boleh memilih antara interior Charcoal atau Cardamom, dengan kemasan Nordico dipadankan bersama dekor Kayu Birch semula jadi yang diperakui FSC™.
Volvo EX90 dijual pada harga RM442,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM442,648 untuk Sabah dan Sarawak¹.
Pakej termasuk perkhidmatan digital lima tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.
50 pelanggan pertama akan menerima baucar pengecas dinding dan pengadang matahari panoramik bernilai RM5,000 secara percuma. Pelanggan boleh membuat tempahan bulan ini menerusi laman web Volvo Car Malaysia atau di pengedar sah terpilih.
Untuk keterangan lanjut, layari www.volvocars.com/my
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge