- Berita
- Berita Auto
- Imej Teaser Sudah Terkeluar, Nampaknya BYD Bakal Tayang Yangwang U8L Di Auto Shanghai 2025
Imej Teaser Sudah Terkeluar, Nampaknya BYD Bakal Tayang Yangwang U8L Di Auto Shanghai 2025

Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China bakal menayangkan SUV mewahnya, Yangwang U8L memandangkan beberapa imej teaser model itu sudah pun tersebar di media sosial sejak minggu lalu.
Difahamkan, ia akan ditayangkan pada Auto Shanghai 2025 yang sudah berlangsung hari ini, namun malangnya, tiada butiran lanjut. Jadi, kami terpaksa mencari maklumat mengenai U8 menerusi portal automotif antarabangsa.
Perkataan 'L' yang tertera pada namanya sebenarnya menandakan badan model ini dipanjangkan dimana ada laporan menyatakan ia sebenarnya memiliki saiz yang sama dengan Land Rover Defender 130.

Ini bermakna ia menawarkan ruang kaki yang lebih luas di barisan tempat duduk kedua dan juga belakang.
Melihat luarannya, Yangwang U8L dilihat hadir tanpa tempat simpanan tayar ganti yang bebentuk oktagon di bahagian belakang.

Selain itu, dengan bentuk badannya, Yangwang U8L dilihat agak lasak, agresif dan cukup sporty walaupun ia nampak panjang.
Gril pula mendapat kemasan titik matriks di dalam gril, manakala bahagian tengahnya bertatahkan logo jenama.


Secara rasmi, belum ada butiran yang dikeluarkan lagi, tetapi Yangwang U8L dijangka akan menawarkan sama ada enam atau tujuh tempat duduk.


Dari segi mekanikal, ada kemungkinan kehadiran trenkuasanya tidak berubah dan ia dikatakan akan dilengkapi dengan trenkuasa 4 motor elektrik mampu menghasilkan kuasa setakat 1,196 PS dan tork 1,280 Nm.
Ia disumbat dengan pek bateri LFP Blade berkapsiti 49.05 kWj dan terdapat juga enjin 4 silinder turbo yang dikatakan sebagai generator.
Apapun, teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut sejurus U8L didedahkan pada Auto Shanghai 2025 nanti
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
