ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mazda MX-5 RF 2025 Kini Di Malaysia – Edisi Khas Ulang Tahun Ke-35 Ditawarkan, Dari RM294K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-04-09-at-11.28.41-AM.jpeg


Mazda MX-5 RF 2025 hadir di Malaysia bersama model edisi khas, 35th Anniversary Edition pada harga bermula dari RM294,154


Selepas kemunculan sulungnya di Thailand hujung bulan lalu, model terkini Mazda MX-5 2025 kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia, model ini ditawarkan bersama-sama dengan versi istimewa, 35th Anniversary Edition, sempena ulang tahunnya yang ke-35.


WhatsApp-Image-2025-04-09-at-11.28.42-AM.jpeg


Mazda MX-5 2025


Model facelift generasi ND ini hanya ditawarkan dalam versi bumbung keras boleh lipat atau retractable fastback (RF), dengan harga bermula daripada RM294,154 untuk varian standard, manakala 35th Anniversary Edition  dijual pada harga lebih tinggi iaitu RM316,154 (atas jalan tanpa insurans).


Ciri Eksklusif Mazda MX-5 35th Anniversary Edition 


2025-Mazda-MX5-RF-10.jpg2025-Mazda-MX5-RF-35thAnniversaryEdition-1.jpg


Warna Artisan Red Premium didatangkan eksklusif untuk Mazda MX-5 RF 35th Anniversary Edition


Sebagai versi yang istimewa, Mazda MX-5 35th Anniversary Edition hadir dengan pelbagai ciri eksklusif termasuk warna luaran khas Artisan Red Premium, hasil teknologi cat Takuminuri Mazda. 


2025-Mazda-MX5-RF-35thAnniversaryEdition-5.jpg2025-Mazda-MX5-RF-35thAnniversaryEdition-4.jpg


Model edisi terhad ini juga menerima logo edisi ulang tahun ke-35 pada fender belakang, serta dipasangkan dengan rim aloi 17 inci dalam warna metalik cerah.


2025-Mazda-MX5-RF-35thAnniversaryEdition-7.jpg2025-Mazda-MX5-RF-35thAnniversaryEdition-3.jpg2025-Mazda-MX5-RF-35thAnniversaryEdition-6.jpg2025-Mazda-MX5-RF-35thAnniversaryEdition-8.jpg


Memasuki ruang kabin, Mazda MX-5 35th Anniversary Edition hadir dengan warna dan tema rekaan dalaman yang eksklusif dan klasik, Sports Tan (coklat cerah) yang digunakan secara menyeluruh pada bahagian dalaman kereta seperti pada papan pemuka, pelapik lantai dan tempat duduk kulit. 


WhatsApp-Image-2025-04-09-at-11.28.39-AM.jpegWhatsApp-Image-2025-04-09-at-11.28.36-AM.jpeg


Beberapa komponen dalaman diberikan warna merah Artisan, sama seperti warna luaran.


Logo khas ulang tahun turut terletak pada alas kaki dan perehat kepala, yang membezakan model ini daripada varian standard.


Penambahbaikan Rekaan dan Teknologi


2025-Mazda-MX5-RF-9.jpg2025-Mazda-MX5-RF-12.jpg2025-Mazda-MX5-RF-5.jpg2025-Mazda-MX5-RF-1.jpg


Mazda MX-5 2025 juga menerima sentuhan reka bentuk baharu sama seperti model untuk pasaran Jepun, antaranya lampu depan LED baharu dengan grafik 3D, bampar hadapan baharu yang kini hadir dengan sensor radar, rekaan bampar belakang baharu dengan reflektor dan lampu kabus, serta lampu belakang LED yang juga direka semula.


2025-Mazda-MX5-RF-13.jpg


Sistem hiburan turut dipertingkat dengan skrin 8.8 inci baharu yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Panel meter juga diperbaharui, di samping kamera undur berdefinisi tinggi dan port pengecasan USB-C.


Ciri Keselamatan Kini Lebih Lengkap


2025-Mazda-MX5-RF-15.jpg


Sistem keselamatan i-Activesense kini dilengkapi amaran lintasan trafik belakang (RCTA). Ciri sedia ada termasuk pemantau titik buta (BSM), amaran keluar lorong (LDW), amaran tumpuan pemandu (DAA) dan sokongan brek pintar (SBS).


Prestasi Kekal Padu Dengan Suntikan Teknologi


2025-Mazda-MX5-RF-2.jpg2025-Mazda-MX5-RF-8.jpg


Jantung MX-5 masih dikuasakan enjin 2.0L Skyactiv-G 4 silinder NA dengan output 181 hp dan tork 205 Nm, dipadankan sama ada dengan transmisi automatik 6 kelajuan (6AT) atau transmisi manual 6 kelajuan (6MT) bersama  pembeza gelincir terhad atau limited-slip differential (LSD) tidak simetri dan mod kawalan kestabilan pemanduan di litar (DSC-TRACK).


Sistem stereng bantuan elektronik (EPAS) turut diberikan talaan semula yang menjadikan jentera lebih responsif dengan geseran rak stereng dikurangkan sehingga 5%.


Harga Jualan dan Tayangan Umum


2025-Mazda-MX5-RF-17.jpg2025-Mazda-MX5-RF-18.jpg


Didatangkan sepenuhnya dari negara Jepun (CBU), harga atas jalan adalah seperti berikut:

  • 6MT Standard – RM294,154
  • 6AT Standard – RM296,154
  • Edisi 35 Tahun (6AT sahaja) – RM316,154

Setiap pembelian disertakan waranti pengeluar 5 tahun atau 100,000 km (mana yang terlebih dahulu) dan penyelenggaraan berjadual percuma untuk tempoh sama.


Saksikan Secara Langsung di 1Utama


Mazda MX-5 35th Anniversary Edition akan dipamerkan di Oval Concourse, 1Utama Shopping Centre bermula 10 hingga 13 April, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

WhatsApp-Image-2025-04-09-at-11.25.34-AM.jpeg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Kereta Baru

09-04-2025
Global

27-01-2025
Berita Auto

19-04-2022
Global

27-01-2025
Global

27-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.