Sedan Audi A6 2025 Diperkenalkan – 3 Jenis Enjin, Rekaan 'Pecah Angin' 0.23 Cd!

Audi akhirnya memperkenalkan model sedan mewah Audi A6 generasi keenam, selepas beberapa teaser dikongsikan minggu lalu. Model ini tampil dengan tiga pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE), lengkap dengan teknologi dan kelengkapan mewah terkini.
Rekaan Lebih Aerodinamik






Dari segi rekaan, sedan A6 kini berkongsi banyak elemen rekaan dengan versi wagon, A6 Avant yang dilancarkan bulan lepas. Antara ciri penting termasuk lampu depan LED digital dengan pelbagai pencahayaan eksklusif, gril hadapan bentuk heksagon dengan corak sarang lebah, lampu belakang OLED berkelebaran penuh yang halus, serta rim bersaiz antara 18 hingga 21 inci, termasuk rim khas Audi Sport 21 inci.


A6 baharu juga tampil dengan penambahbaikan aerodinamik seperti pemegang pintu rata, rekaan bumbung rendah, gril aktif dengan spoiler depan, serta pelindung bawah lantai dengan saluran udara. Gabungan ini menyumbang kepada pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.23 Cd, paling rendah pernah dicapai oleh sedan Audi versi ICE.

Berbanding model sebelumnya, sedan A6 baharu lebih panjang sebanyak 60 mm, dengan dimensi 4,999 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,472 mm tinggi dan jarak roda 2,923 mm. Namun begitu, saiznya lebih kecil berbanding pesaing utamanya seperti BMW 5 Series generasi G60.
Segalanya Digital, Ada Teknologi ChatGPT



Ruang kabinnya menyerlahkan aura futuristik dengan pelbagai ciri moden termasuk skrin OLED melengkung dengan kluster instrumen digital 11.9 inci, skrin infotainmen tengah berukuran 14.5 inci yang kini menyokong ChatGPT, dan pilihan skrin penumpang depan bersaiz 10.9 inci.
Sepertimana model sedan Audi lain, A6 terbaru ini juga didatangkan dengan pelbagai pilihan kemasan, termasuk kemasan daripada bahan mesra alam seperti fiber mikro Dinamica yang diperbuat daripada 50% poliester kitar semula. Ciri-ciri lain termasuk sistem audio Bang & Olufsen 16 atau 20 pembesar suara, kawalan suhu 4 zon, pintu soft-close, bumbung kaca panoramik elektrokromik dan lampu ambien pelbagai warna.
Tiga Pilihan Enjin


Buat masa ini, sedan Audi A6 2025 ditawarkan dalam tiga versi ICE yang memenuhi keperluan berbeza. Varian asas menggunakan enjin 2.0 liter TFSI turbo petrol yang mana kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi DCT S Tronic 7 kelajuan, menghasilkan 201 hp (204 ps) dan 340 Nm, mampu memecut dari sifar ke 100 km/j dalam 8.2 saat, dengan kelajuan maksimum 244 km/j.
Seterusnya, pilihan enjin 2.0 liter TDI diesel turbo hadir bersama sistem hibrid ringkas (MHEV) 48V, menghasilkan kuasa gabungan hingga 225 hp (228 ps) dan 630 Nm. Model ini ditawarkan dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD) Quattro, membolehkan pecutan 0-100 km/j serendah 6.8 saat bagi versi Quattro, atau 7.8 saat untuk versi FWD. Sistem transmisi DCT yang sama seperti versi asas digunakan untuk enjin ini.


Untuk peminat pemanduan berprestasi, varian tertinggi A6 dilengkapi enjin 3.0 liter V6 turbo petrol dengan sistem MHEV, menghasilkan 362 hp (367 ps) dan 550 Nm, digandingkan dengan sistem Quattro dan transmisi DCT 7 kelajuan S Tronic, mampu mencatat 0-100 km/j dalam hanya 4.7 saat, dengan had laju elektronik 250 km/j.
Pilihan Sistem Suspensi


Dibina atas platform Premium Platform Combustion (PPC) yang turut digunakan untuk model A5 dan A6 Avant, sedan ini dilengkapi dengan sistem suspensi lima pautan di depan dan belakang.
Antara pilihan tambahan termasuk suspensi sport, suspensi udara adaptif (untuk varian Quattro), sistem stereng gandar belakang (RWS) dan pembeza sport belakang torque-vectoring (standard untuk varian V6).
Pelancaran Rasmi di Jerman, Harga Bermula RM278k


Sedan Audi A6 2025 akan mula dijual di Jerman pada hujung bulan ini dengan harga permulaan sekitar €55,500 (~RM278,805). Pasaran Eropah akan menerima penghantaran terlebih dahulu sebelum ia diperluas ke pasaran global termasuk Asia.

Baca: Imej Acah Sedan Audi A6 Didedahkan
Baca: Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat