Sedan Elektrik Bajet, BYD e7, Diperkenalkan Di China

Pengeluar kenderaan dari China, BYD, baru-baru ini mendedahkan imej rasmi bagi model elektrik (EV) terbarunya, BYD e7. Sedan elektrik ini merupakan sebahagian daripada barisan kenderaan mampu milik, e-Series, yang disasarkan khas untuk kegunaan teksi di negara China.
Rekaan Ringkas & Praktikal


Dari segi rekaan, BYD e7 berkongsi beberapa ciri visual dengan EV Seal, namun tampil lebih tinggi dengan gaya bumbung jenis fastback.
Menggunakan pendekatan rekaan “Marine Aesthetics” seperti model BYD terkini yang lain, e7 hadir dengan lampu depan LED yang lebar, bampar hadapan tanpa gril bersama corong sisi di bahagian bawah, serta logo BYD pada bahagian tengah hadapan.


Namun begitu, sebagai model ekonomi, terdapat elemen penjimatan kos yang ketara seperti pemegang pintu jenis biasa (bukan terbenam) dan rim bersaiz kecil, 16 inci. Lampu belakang pula direka terpisah, tidak seperti gaya lampu jalur berkelebaran penuh pada model premium BYD yang lain.
Ruang Kabin Dijangka Luas
Dengan ukuran panjang 4,780 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,515 mm dan jarak roda 2,820 mm, e7 tergolong dalam segmen sedan elektrik bersaiz pertengahan, sama seperti BYD Seal dan Tesla Model 3.
Walaupun imej bahagian kabin masih belum didedahkan, jarak roda yang panjang memberi petunjuk bahawa kabin e7 menawarkan ruang kaki dan kargo yang luas, sangat praktikal untuk operasi perkhidmatan teksi.
Prestasi Asas dengan Fokus Terhadap Kecekapan



Butiran spesifikasi kuasa juga masih belum diumumkan secara rasmi. Namun menurut CarNewsChina, BYD e7 akan dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 134 hp (100 kW) dengan kelajuan maksimum sekitar 150 km/j.
Kuasa disalurkan melalui bateri jenis LFP, berkemungkinan besar menggunakan teknologi BYD Blade Battery yang menjanjikan jarak pemanduan sehingga 520 km berdasarkan standard CLTC.
Antara Sedan Elektrik Paling Mampu Milik BYD
Sebagai model yang disasarkan untuk keperluan asas dan penggunaan intensif seperti teksi, BYD e7 dijangka menjadi salah satu sedan elektrik paling mampu milik keluaran syarikat itu.
Untuk perbandingan, model e5 yang kini dihentikan pernah dijual pada harga sekitar CNY 147,500 (~RM89,893), manakala EV Seal 2025 pula bermula dari CNY 175,800 (~RM108,678).
Sumber Foto: CarNewsChina
Baca: BIMS 2025: BYD Tawar Potongan Harga Besar-Besaran, Pembeli BYD Bengang Habis
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge