XC90 Facelift Turut Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM418,888

Volvo XC90 facelift versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara serentak dengan EX90 yang diadakan di ibu negara, pagi tadi.
Model XC90 serba baharu ini dikatakan hadir dengan pelbagai kemas kini teknologi dan reka bentuk, menjadikannya SUV hibrid tujuh tempat duduk yang lebih baik dari sebelumnya.
Melihat luarannya, ia kini tampil dengan grafik pengambilan udara baharu, lampu utama yang lebih langsing manakala bonet juga dibentuk semula manakala bampar serta fender turut diperbaharui.
Malah, bahagian dalaman turut diberi nafas baharu dengan papan pemuka yang lebih mendatar dan hiasan premium bertekstur, diapit oleh corong udara menegak baharu.


Konsol tengah juga direka menjadi lebih praktikal dengan tambahan pemegang cawan dan ruang simpanan, manakala pengecas telefon tanpa wayar kini dipisahkan daripada ruang utama untuk kemudahan pengguna.
Perubahan besar lain terletak di dalam kabin – skrin utama 11.2-inci yang kini mempunyai ketumpatan piksel 21% lebih tinggi untuk resolusi yang lebih tajam.

Skrin ini menampilkan antaramuka pengguna generasi baharu yang dikongsi dengan Volvo EX90. Paparan ini membolehkan akses pantas kepada peta, media dan sambungan – mengurangkan keperluan untuk menekan berulang kali.
Ia juga bersifat pintar, dengan bar kontekstual yang belajar tabiat pemandu dan memaparkan aplikasi yang paling relevan mengikut situasi – seperti ikon kamera 360° ketika bergerak perlahan, atau aplikasi penstriman muzik kegemaran semasa berhenti dan mengecas.

Untuk XC90 Ultra T8, antara muka baharu ini memudahkan peralihan antara kuasa elektrik, enjin pembakaran atau gabungan kedua-duanya menerusi fungsi “Drive Modes” yang kini dipaparkan di skrin utama. Di sini, pemandu boleh mengakses mod seperti “Pure”, “Hybrid” dan “Performance” dengan hanya satu sentuhan.
XC90 ini ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa – T8 hibrid plug-in atau B5 hibrid ringan.
Kedua-dua varian ini menggunakan enjin 2.0 liter bersama transmisi Geartronic lapan kelajuan yang memacu semua roda.

Motor elektrik dalam XC90 Ultra T8 mampu menghasilkan kuasa gabungan maksimum 462 hp dan tork 709 Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.3 saat manakala penggunaan bahan api pula serendah 1.8 liter bagi setiap 100 km.
Sementara itu, XC90 Ultra B5 menghasilkan kuasa maksimum 263 hp dan tork 390 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat.
Bagi yang berminat, XC90 hadir dalam empat warna – Onyx Black, Denim Blue, Crystal White dan Vapour Grey – semuanya dipadankan dengan dalaman Charcoal, upholsteri kulit Nappa Charcoal berpengudaraan, serta hiasan kayu Grey Ash.

Varian Ultra T8 ditawarkan tanpa kenaikan harga berbanding model tahun sebelumnya, iaitu RM434,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM434,457 untuk Sabah dan Sarawak. Manakala varian Ultra B5 pula berharga RM418,888 dan RM418,457.
XC90 baharu ditawarkan dengan perkhidmatan digital lima tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan.
Untuk keterangan lanjut, www.volvocars.com/my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge