Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Pelumba profesional negara, Jazeman Jaafar, bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Super GT yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang , pada 26 hingga 28 Jun ini
Jazeman berkata beliau akan berentap dengan pemandu dari China Kerong Li, di bawah pasukan Earl Bamber Motorsport (EBM).
Mereka akan mengemudi jentera Aston Martin Vantage GT3 EVO, yang menandakan penyertaaan penting dan mendebarkan EBM dalam pertandingan kelas GT300 yang sangat kompetitif.
Antara cabaran utama ialah dari segi pengendalian tayar kerana siri Super GT tidak mempunyai had jenama tayar dan pasukan mereka akan menggunakan tayar Michelin.


"Saya pernah pandu Aston Martin sebelum ini, tapi belum dengan kit Evo terkini. Namun, aspek aerodinamiknya banyak ditambah baik. Kami bersedia bawa cabaran ini," kata Jazeman.
Meskipun berada di bawah kelas GT500, kelas GT300 masih dianggap salah satu pertandingan perlumbaan GT3 yang paling sengit.
Selain itu, antara cabaran adalah kedua-dua kelas GT500 dan GT300 berlumba secara serentak dalam setiap pusingan.
Penyertaan ini menandakan penampilan Jazeman dalam siri perlumbaan yang berpangkalan di Jepun, dianggap sebagai salah satu siri kejohanan sukan permotoran terbaik di rantau Asia Pasifik.


Bagaimanapun, Jazeman dijangka akan memanfaatkan pengalamannya baru-baru ini dalam perlumbaan jentera GT3 di Petronas SIC.
Salah satu detik kemuncak ialah kemenangan pertamanya dalam kelas GT3 di tanah air semasa edisi 2025 perlumbaan enduro Motul Sepang 12 Hours, yang diraih baru-baru ini.
Kembalinya SUPER GT ke Malaysia selepas 12 tahun disambut hangat, acara yang dijangka menarik seramai 80,000 peminat selama tiga hari, termasuk 30-35% pelawat antarabangsa dan memberikan impak ekonomi mencecah RM194 juta.
Acara ini juga dijangka menarik sekurang-kurangnya 30 hingga 35 peratus penonton dari luar negara.
Malah, peminat juga bakal disajikan dengan konsert dan Festival Super GT Malaysia yang akan diadakan di kawasan Mall, Litar Antarabangsa Sepang sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Perlumbaan ini turut disiarkan ke seluruh dunia dan dijangka meraih 162 juta tontonan melalui siaran TV dan platform digital.

Bagi yang berminat, tiket telah mula dijual secara dalam talian serendah RM80 (harga promosi awal). Layari laman rasmi www.supergtmalaysia.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!
Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.
24-05-2022
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge