- Berita
- Berita Auto
- Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia
Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia

Sempena pameran Automechanika Kuala Lumpur 2025 yang sedang berlangsung ketika ini, syarikat gergasi automotif global Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
Ditubuhkan pada tahun 2002, Eurorepar ialah satu jenama alat ganti dan rangkaian servis pelbagai jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh Stellantis.Eurorepar menawarkan lebih daripada 17,000 jenis alat ganti yang terdiri daripada 60 kategori produk suspensi tayar, minyak pelincir, komponen enjin, bateri, minyak pelincir hinggalah kepada bahan habis pakai.


Dikhabarkan sebahagian daripada rancangan ini juga melibatkan pengenalan rangkaian bengkel yang dikenali sebagai Eurorepar Car Service.
Rangkaian ini dijangka menyediakan servis pembaikan dan perkhidmatan pakar bagi kenderaan jenama Stellantis, serta kenderaan bukan jenama Stellantis daripada pelbagai pengeluar lain.
Secara global sejak tahun 2003, Eurorepar Car Service telah bertapak di lebih 30 negara, dengan rangkaian kukuh melibatkan 6,500 pusat servis di seluruh dunia. Di Malaysia, jenama ini turut menetapkan beberapa matlamat untuk pasaran tempatan.
Pertamanya, Eurorepar Car Service berhasrat untuk mengubah pasaran perkhidmatan automotif Malaysia daripada pendekatan berasaskan harga kepada pendekatan berasaskan kualiti.
Kedua, ia bertujuan untuk memperkasakan pusat servis bebas supaya dapat mengetengahkan perkhidmatan bertaraf profesional mereka, selain menawarkan kadar kos efektif yang disokong oleh alat ganti yang diluluskan OEM.
“Dengan portfolio produk yang luas merangkumi 60 keluarga produk, Eurorepar akan menyediakan pelbagai servis dan alat ganti yang mampu milik pada harga tempatan,” kata Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo.
Beliau turut menekankan bahawa kemasukan jenama Eurorepar dan rangkaian Eurorepar Car Service ke Malaysia menandakan perluasan penting bagi jejak selepas jualan global syarikat pembuat kereta ini.
Selain itu, Yeo turut menegaskan bahawa jenama ini akan disokong oleh Hab Alat Ganti Serantau Stellantis yang baru sahaja ditubuhkan di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
“Kami yakin bahawa dengan menawarkan tahap profesionalisme dan kualiti setaraf OEM pada kadar kos kompetitif melalui pusat servis tempatan, kami akan dapat membuka permintaan besar yang mana Eurorepar sudah bersedia untuk memenuhi permintaan tersebut.
"Kami menjangkakan pelancaran bersama rakan pengedar akan dibuat pada akhir tahun ini, berdasarkan minat tempatan yang cukup kukuh,” tambahnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat