Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Beberapa foto yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah unit ujian Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua, e.MO-II yang dipandu seorang lelaki dikesan sedang diuji di Lebuh Raya DUKE, Kuala Lumpur, dua hari lepas.
Berdasarkan gambar itu, kereta prototaip itu dilihat penuh dengan pelekat penyamaran berwarna hitam dan putih sehinggakan melitupi keempat-empat rim kenderaan berkenaan.
Malah, bahagian tempat pengecasannya, lampu depan dan bar lampu belakang juga ditutup dengan pelekat berwarna hitam.
Nampaknya, Perodua cukup berahsia dengan ketibaan model baharu mereka namun wartawan di portal-portal automotif sudah menjangkakan ia adalah e.MO-II kerana siluet rekaan luarannya kelihatan hampir serupa dengan model konsep Perodua eMO-II yang didedahkan di Kuala Lumpur International Mobility Show, pada tahun lepas.

Biarpun, kami tidak dapat meneka 100% namun tingkap belakangnya yang kelihatan sedikit tajam menyebabkan ia agak sama dengan e.MO-II.
Selebihnya, ia masih menjadi misteri kerana spoiler belakang juga dipenuhi pelekat penyamaran namun sekilas pandang, ia kelihatan seperti kereta Toyota WRC tahun 1990-an. Ia membawa aura kereta lama yang agak nostalgik namun mungkin tidak disengajakan.
Selain itu, pemegang pintunya kelihatan jenis rata dan dipasang pada kedudukan yang agak tinggi iaitu sama seperti Honda HR-V.
Untuk makluman, pada awalnya model EV ini diposisikan sebagai hatchback EV kompak yang hampir dengan Myvi, namun Perodua kemudiannya menyatakan bahawa versi produksi akan sedikit lebih kecil, iaitu sekitar 2–3%.

Bagaimanapun, bahagian kabinnya tidak sempat dirakam tetapi kami menjangkakan ia pasti akan kelihatan moden seperti kebanyakan EV sekarang, cuma jangan harapkan rekaannya seperti model konsep terdahulu yang menampilkan susun atur minimalis tetapi futuristik.
Perodua juga sebelum ini telah mendedahkan sasaran prestasi awal, di mana ia memberi bayangan bahawa konsep tersebut dilengkapi dengan bateri LFP 50-kWh daripada CATL, yang mampu mencapai jarak sehingga 410 KM selain beupaya memecut dari 0–100 km/j dalam sekitar 6–7 saat.
Biarpun, kebanyakan komponen masih diimport, Perodua bercadang untuk melaksanakan beberapa proses pemasangan secara tempatan apabila kenderaan tersebut mula memasuki fasa pengeluaran. Model pengeluaran itu juga akan menggunakan nama yang berbeza nanti.
Dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh Perodua, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan EV mereka akan didatangkan tanpa bateri.

Namun ini tidak bermakna, EV Perodua tidak didatangkan bateri tetapi Perodua tampil dengan konsep yang cukup berbeza memandangkan Perodua akan melaksanakan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing.
Di sebalik idea ini, PERODUA adalah syarikat pertama di Malaysia yang hadir dengan konsep yang cukup berbeza dengan menjual EV pada harga sekitar RM80,000 dan si pembeli pula dikehendaki menyewa bateri secara berasingan.
Langkah ini dilihat bertujuan untuk menangani kebimbangan para pembeli terutamanya dari segi masalah penurunan prestasi bateri (battery degradation).
Apa yang cukup menarik ialah apabila bateri mengalami masalah, bateri akan ditukar secara percuma.


Pendek kata, ia seolah-olah para pembeli diberi waranti untuk semur hidup!
Buat masa ini, kelibat unit pandu uji ini sebenarnya menambahkan lagi pelbagai persoalan. Ini kerana walaupun beberapa ciri kereta konsep ini mungkin dikekalkan, namun kereta pengeluaran akhirnya ini masih belum terungkai.

Apa yang pasti, PERODUA akan mendedahkan lagi butiran lanjut e.MO-II pada Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang akan diadakan pada 8 Mei ini di MAEPS, Selangor.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6349
SELANGOR
BSR5187
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6940
PERAK
APJ7457
PAHANG
CFH1346
KEDAH
KGG9814
NEGERI SEMBILAN
NEK8762
KOTA KINABALU
SJT163
KUCHING
QAB1786P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
