ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar

Suhana Veru

Kongsi melalui

0A7A1714.JPG

Central Auto Distributors Berhad (CADB) yang juga anak syarikat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mengesahkan pihaknya akan melancarkan dua lagi model kenderaan elektrik (EV) tahun ini.

Pengarah Urusan CADB, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, dua model baharu tersebut adalah jenis sedan serta kenderaan ultiliti sukan (SUV) di bawah jenama Dongfeng Cars Malaysia.

"Kedua-dua model ini akan dilancarkan  pada suku ketiga dan keempat pada tahun ini. Ia bagi merancakkan lagi segmen EV di negara ini.

0A7A1695.JPG

“Model-model ini disasarkan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap reka bentuk moden, prestasi dan teknologi mesra alam,”katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Nazari berkata, langkah memperkenalkan dua model baharu itu susulan kejayaan terhadap model Dongfeng Box yang mendapat permintaan yang menggalakkan di negara ini.

Dalam pada itu, sempena Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang sehingga 15 Mei ini, pihaknya turut memperkenalkan pengenalan eksklusif edisi baharu berwarna Silver untuk tahun 2025

0A7A1657.JPG0A7A1661.JPG

Varian  ini  dibangunkan berdasarkan BOX E3, dilengkapi dengan bateri 42.3 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 430 km (CLTC).

Motor elektrik 70 kW (94 hp) memberikan tork 160 Nm dan dilengkapi ciri-ciri canggih seperti Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (ADAS), skrin infotainmen 12.8”, pengecas tanpa wayar, dan sistem parkir automatik.

Tambah beliau, sempena MAS 2025 juga, pihaknya turut mengadakan kempen eksklusif ‘EV Pertamaku’, iaitu promosi istimewa stok terhad untuk model tahun lalu.

“Pelarasan harga varian E3 untuk tahun 2024 dan 2025 daripada RM115,000 diturunkan kepada harga RM100,000," ujarnya.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi  Booth Dewan: A102 di Malaysia Autoshow 2025m(MAS 2025) untuk merasai sendiri Dongfeng BOX.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6694

SELANGOR

BST4219

JOHOR

JD5319J

PULAU PINANG

PSF2926

PERAK

APL2162

PAHANG

CFH6117

KEDAH

KGH8429

NEGERI SEMBILAN

NEL6739

KOTA KINABALU

SJT8721

KUCHING

QAB5081P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas

PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.

09-07-2025
Berita Auto

23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar

CADB telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

28-09-2024
EV

Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?

Rasanya, DongFeng mampu menawan hati orang Malaysia tak?

04-08-2024
Berita Auto

Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV

CADB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NMSB.

25-06-2024
Berita Auto

PEKEMA Sambut Baik Usaha Kerajaan Tapi

PEKEMA menggesa kerajaan supaya mengawal ketat jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka.

19-06-2024
Gaya Hidup

PEKEMA Hulur Sumbangan Kepada 4 Sekolah Di Perak

PEKEMA tekad melakukan program CSR.

31-01-2024
Berita Auto

PEKEMA: Tekad Banteras Rasuah

PEKEMA mengadakan kunjungan hormat ke SPRM.

25-01-2024
Berita Auto

MITI Akan Nilai Permohonan PEKEMA Bersama MOF

MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.

26-11-2023

Berita Terkini

EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.