- Berita
- Kereta Baru
- MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini
MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini

Chery Malaysia secara rasminya mendedahkan Chery Tiggo Cross di pameran Autoshow Malaysia 2025 di MAEPS, Selangor, pagi tadi.

Biarpun, ia belum dilancarkan secara rasminya namun pendaftaran minat sudah pun dibuka.

Untuk itu, hanya 500 unit pertama sahaja diperuntukkan untuk pasaran tempatan. Apa yang cukup menarik ialah mana-mana pembeli yang membuat tempahan awal dengan bayaran RM500 akan menerima jentera ini pada Ogos 2025.
Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam dua versi iaitu enjin petrol dan hibrid (HEV).


Menjengah luarannya, Tiggo Cross versi Malaysia ini kelihatan sama dengan Tiggo dari Indonesia dan Thailand, di mana ia berasaskan model Tiggo 4 Pro versi facelift yang telah diperkenalkan di China pada tahun 2024.
Antara ciri reka bentuk utama termasuk lampu hadapan LED tajam yang mengapit gril hadapan bertatahkan berlian, ada rel bumbung,angkup brek merah, lampu belakang jenis LED serta hadir dengan pilihan rim aloi bersaiz 17 atau 18 inci.
Dari segi dimensi, Tiggo Cross berukuran 4,318mm panjang, 1,830mm lebar, 1,670mm tinggi dan jarak antara roda sejauh 2,610mm.

Menjengah bahagian kabinnya, kedua-duanya dilengkapi skrin berkembar 20.5-inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, lampu ambien pelbagai warna, tempat duduk hadapan laras kuasa enam hala dengan fungsi pemanas dan pengudaraan, kawalan iklim dwi zon dengan ventilasi khusus di belakang, pengecas tanpa wayar, kamera pandangan 540 darjah, serta sistem audio enam pembesar suara dan banyak lagi.
Namun, hanya versi HEV dilengkapi sokongan lumbar.

Dari segi trenkuasa, Tiggo Cross versi spesifikasi Malaysia ditawarkan dalam kedua-dua varian HEV dan ICE turbo, dimana varian HEV menggunakan sistem Super Hybrid (CSH) baharu dari Chery.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, trenkuasa HEV ini terdiri daripada enjin petrol 4 silinder 1.5 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 97 HP dan 118 NM, serta digabungkan dengan transmisi hibrid khas 3-kelajuan (DHT) dan motor elektrik. Jadi, ia boleh menhamburkan kuasa setakat 201 HP dan 310 NM.
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.6 saat.
Beralih pada kuasa, varian petrol menerima enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan 145hp dan 210Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik klac berkembar enam kelajuan.
Jadi, jika anda berminat, anda boleh mengunjungi booth Chery di MAEPS, Serdang bermula dari esok hingga 15 Mei ini.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih
Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.
22-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat