Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya

Rakan media kami di Careta.my baru-baru ini berkongsi laporan daripada Scoop.my yang mendakwa bahawa perkhidmatan e-hailing InDrive Malaysia kini berdepan kemungkinan ditamatkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Dakwaan itu timbul susulan pelanggaran garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa.
Setakat artikel ini diterbitkan, masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sama ada daripada pihak InDrive mahupun APAD.
Tersasar daripada Imej Positif

Perkembangan ini hadir secara mengejut, memandangkan InDrive baru sahaja menyampaikan mesej positif kepada umum sebelum ini, termasuk perancangan menggandakan jumlah rakan pemandunya daripada 20,000 kepada 40,000 menjelang akhir 2025.
Sejak mula beroperasi di Malaysia pada penghujung 2021, InDrive menampilkan model operasi berasaskan aplikasi (app) di tiga bandar utama iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Keunikannya adalah pengguna dan pemandu boleh membuat rundingan harga tambang, berbeza daripada model harga tetap seperti pesaingnya, Grab.
InDrive Tidak Telus Dedahkan Angka?

Bulan lalu, InDrive memperkenalkan program tahunan "Driver Performance Awards" untuk menghargai pemandu yang cemerlang berdasarkan jumlah perjalanan, maklum balas pelanggan dan tahap keselamatan. Mereka turut melaporkan peningkatan 36.1% dalam jumlah pemandu aktif, tetapi angka ini hanya sah setakat Ogos 2024.
Apa yang menjadi persoalan, syarikat itu tidak pernah mendedahkan angka sebenar operasi mereka selain peratusan. Walaupun mendakwa memiliki 20,000 pemandu aktif, tiada butiran lengkap dikemukakan.
Isu Ketiadaan Permit Kenderaan E-Hailing

Satu lagi isu yang timbul ialah dakwaan bahawa tidak semua pemandu InDrive mempunyai Permit Kenderaan e-Hailing (eVP) seperti yang diwajibkan. Ini sekaligus menimbulkan persoalan mengenai tahap pematuhan syarikat terhadap undang-undang e-hailing tempatan.
Jika dakwaan ini terbukti benar, InDrive bakal menjadi syarikat e-hailing kedua yang berpangkalan di Rusia untuk digantung operasi oleh APAD selepas Maxim.
Buat masa ini, segala laporan berkait isu ini masih dalam bentuk spekulasi. Namun, tanda-tanda awal menunjukkan terdapat ketegangan antara syarikat dan penguat kuasa.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?
Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia.
06-11-2025
APAD Gantung Lesen Aeroline – Berulang Kali Langgar Arahan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menggantung operasi syarikat bas ekspres, Zulco Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah jenama Aeroline, selama 30 hari bermula 6 November sehingga 5 Disember 2025.
03-11-2025
Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain
Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.
29-10-2025
Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB
MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
28-10-2025
Punca Aerotrain Terjejas Disiasat, MAHB Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak
MAHB bekerjasama dengan MOT dan APAD bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
22-10-2025
ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi
ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.
04-08-2025
Bahaya: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Masih Tak Daftar Dengan Persatuan Bas, Apa Sebabnya?
Ramai tak daftar dengan persatuan bas sekolah, situasi itu dianggap sebagai 'bom jangka' kepada keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.
09-07-2025
Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan
Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.
26-06-2025
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat