Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432 kilometer (km) dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.
Proton e.MAS 7 telah membuktikan prestasinya dengan merentasi negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, Malaysia Timur (Sarawak & Sabah), Brunei, Indonesia dan Singapura sebelum kembali ke tanah air.


Misi selama 22 hari ini bukan sahaja tamat tanpa sebarang insiden, tetapi turut membawa pulang semua pemandu dengan selamat, membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan kenderaan elektrik kebanggaan negara di pelbagai kondisi jalan dan cuaca negara serantau.
Untuk makluman, Proton e.MAS 7 melepasi sasaran awal yang ditetapkan pada 9,000 kilometer dan berjaya menambah lebih 1,400 kilometer lagi dalam perjalanan kali ini.

Sepanjang cabaran merentas pelbagai negara ini, ia membuktikan ketahanan yang hebat, prestasi yang boleh dipercayai, dan keselamatan bateri yang terjamin. Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai model EV pilihan utama Malaysia serta menjadi contoh terbaik bagi mobiliti elektrik di rantau ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.Zhang Qiang berkata, pemanduan lebih 10,000 kilometer merentasi sembilan buah negara tanpa sebarang masalah baterimerupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam projek Proton e.MAS 7. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama kita semua," katanya dalam satu kenyataan.
Ia adalah sebahagian daripada perjalanan ASEAN Unity Drive 2025, yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Sepanjang perjalanan merentasi sembilan buah negara, pencarian stesen pengecas disifatkan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi di kawasan luar bandar seperti di Laos.
Untuk itu, para peserta terpaksa bergantung kepada aplikasi tempatan dan mencari lokasi pengecas terdekat.
Apapun, perjalanan dari Pakse, selatan Laos hingga ke Putrajaya membuktikan Proton e.MAS 7 bukan sekadar sebuah kenderaan EV nasional, namun ia mampu menerajui mobiliti lestari masa depan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG2038
SELANGOR
BSR6041
JOHOR
JA3041J
PULAU PINANG
PSD7824
PERAK
APJ8429
PAHANG
CFH1632
KEDAH
KGH1051
NEGERI SEMBILAN
NEK9215
KOTA KINABALU
SJT985
KUCHING
QAB2031P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.
02-02-2026
Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun
Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji Proton, e.MAS 7.
22-06-2025
PRO-NET Raikan Hari Ibu Dengan Anjur Program "THE REAL e.MAS DRIVE"!
Media berpeluang memandu uji Proton e.MAS 7 sempena Hari Ibu, baru-baru ini.
19-05-2025
PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7
Pro-Net kini sedang giat merekrut rakan kongsi di seluruh Malaysia.
28-04-2025
AUD 2025: e.MAS 7 Ketuai Konvoi, Bakal Rentasi Perjalanan Lebih 9,000 km
Proton e.MAS 7 ketuai konvoi AUD 2025.
25-04-2025
Proton e.MAS 7 Paling Laris, Lebih 1,800 Unit Terjual Pada Suku Pertama 2025
Ada tiga sebab mengapa Proton e.MAS 7 laris di Malaysia.
08-04-2025
Proton e.MAS 7 Masuk Nepal, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM183K
Buat masa ini, hanya 50 unit e.MAS 7 telah dihantar ke Nepal pada bulan Februari lalu.
24-03-2025
ASEAN Unity Drive: Proton e.MAS 7 Jadi Kenderaan Rasmi
Proton e.MAS 7 memulakan perjalanan sejauh 9,000 kilometer merentasi sembilan negara ASEAN.
21-03-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
