Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun

Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji model kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran Proton, e.MAS 7, pagi tadi.
Menerusi hantaran video selama 57 saat yang dimuat naik di Facebook rasminya, Tun Dr Mahathir dilihat memandu sendiri kenderaan tersebut di sekitar ibu negara.
Menurut beliau, Proton eMAS 7 merupakan EV yang sangat canggih dari segi reka bentuk selain menawarkan perjalanan yang lancar.
“Kereta elektrik Proton yang baharu amat canggih dari segi reka bentuk dan juga perjalanannya sangat ‘smooth’, tak ada masalah.
“Saya berpendapat bahawa Proton e.MAS 7 ialah satu kereta elektrik Proton yang terbaik,” katanya dalam video berkenaan.
Pengeluar kereta nasional, Proton melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 pada Disember lalu.
Untuk makluman anda, Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian: e.MAS 7 PRIME – RM109,800 dan eMAS 7 PREMIUM – RM123,800

Untuk makluman, Proton e.MAS 7 dibangunkan berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA).
Dari segi dimensi, ia berukuran panjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm.
Menyentuh mengenai trenkuasa, model SUV elektrik ini dilengkapi motor elektrik depan yang menghasilkan kuasa 160 kW (218 PS) dan tork 320 Nm.
Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah 175 km/j.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Proton e.MAS 7, KLIK!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tular Video Tun Mahathir Pandu Toyota iQ Bersama Isteri
Rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menikmati pemanduan dengan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pagi tadi.
22-11-2025
Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022
Sejarah Proton dan evolusi kereta pertama yang dikeluarkan, Proton Saga.
19-08-2022
Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.
02-02-2026
Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara
Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.
29-05-2025
PRO-NET Raikan Hari Ibu Dengan Anjur Program "THE REAL e.MAS DRIVE"!
Media berpeluang memandu uji Proton e.MAS 7 sempena Hari Ibu, baru-baru ini.
19-05-2025
PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7
Pro-Net kini sedang giat merekrut rakan kongsi di seluruh Malaysia.
28-04-2025
AUD 2025: e.MAS 7 Ketuai Konvoi, Bakal Rentasi Perjalanan Lebih 9,000 km
Proton e.MAS 7 ketuai konvoi AUD 2025.
25-04-2025
Proton e.MAS 7 Paling Laris, Lebih 1,800 Unit Terjual Pada Suku Pertama 2025
Ada tiga sebab mengapa Proton e.MAS 7 laris di Malaysia.
08-04-2025
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
