SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor pada 8 Mei ini.
Pengarah Urusan GWM Malaysia.Cui Anqi berkata, “Pelancaran GWM TANK 500 HEV menandakan satu pencapaian penting bagi GWM di Malaysia.

“Pengunjung MAS 2025 bakal menyaksikan keunggulan GWM dalam teknologi hibrid terkini, rekaan premium dan kebolehan semua rupa bumi. Kami berbangga untuk memperkenalkan standard pemanduan baharu kepada pelanggan Malaysia menerusi SUV hibrid mewah ini," katanya.
Untuk makluman, SUV off road mewah dengan 7 tempat duduk ini menggabungkan rekaan moden dengan keupayaan off-road yang canggih.
Dari segi dimensi, ia berukuran panjang 5,078mm, lebar 1,934mm, tinggi 1,905mm, serta jarak roda 2,850mm.
Model ini yang dibawa masuk secara import sepenuhnya dari China (CBU) akan ditawarkan ddengan enjin hibrid empat-silinder 2.0 liter turbo bersama transmisi automatik hibrid 9-kelajuan.

Untuk itu, ia membolehkan GWM TANK 500 HEV menjana kuasa gabungan sebanyak 255 kW (346PS) dan tork 648 Nm.
Spesifikasi penuh masih belum dikongsikan lagi oleh GWM Malaysia, namun apa yang didedahkan setakat ini adalah model ini akan menerima 11 mod pemanduan, fungsi tank turn, Cruise Control Off-Road untuk mengharungi pelbagai jenis permukaan dengan mudah.


Sementara itu, bahagian dalaman pula, tempat duduknya dibaluti dengan kulit Nappa, sistem audio infinity 12 pembesar suara, pemijak sisi elektrik serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan turut disediakan. Dari segi keselamatan, struktur badan yang kukuh dan kereta ini dilengkapi dengan 6-beg udara.

Ini kerana tempat duduknya dibaluti dengan kulit NAPPA, ada sistem audio Infinity, pemijak sisi elektrik, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan.
Apa yang lebih penting ialah ia hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci, ada sokongan Android Auto, Apple CarPlay dan kluster instrumen digital 12.3 inci.
Antara ciri-ciri menarik lain yang disediakan termasuk pad pengecasan tanpa wayar, tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat secara kuasa, kawalan suhu tiga zon, bumbung panoramik, dan banyak lagi.
Pada bulan lepas, pihak GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.


Pelanggan ditawarkan tiga pilihan warna eksterior yang menarik: Crystal Gray, Hamilton White, dan Sun Black.
Bagaimanapun, lebih banyak maklumat mengenai GWM Tank 500 HEV akan didedahkan sebaik hari pelancarannya nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China
Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.
28-07-2025
GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?
GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.
23-07-2025
Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K
GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.
15-04-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas
reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.
10-01-2025
KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80
Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
05-12-2024
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat