GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV. Untuk model ini, GWM Tank 500 PHEV baharu menerima beberapa perubahan dari segi reka bentuk dan kelengkapan, serta penambahan ciri ADAS baharu.
Dari segi reka bentuk, Tank 500 PHEV baharu kelihatan hampir sama dengan model sebelum ini. Apa yang bezanya, ia kini dilengkapi dengan sisipan gril hadapan, ada logo GWM baharu pada pintu belakang.


Malah, ia juga hadir dengan warna baharu iaitu “Dunhuang Green” selain “Kunlun Gold”, “Pamir Silver” dan “Mount Everest White”.
Dengan perubahan reka bentuk yang kecil ini, dimensi keseluruhan Tank 500 PHEV masih sama dengan model sebelumnya dimana panjang 5,078 mm, lebar 1,934 mm, tinggi 1,905 mm, dengan jarak roda 2,850 mm.


Menjengah bahagian kabinnya, ia masih mengekalkan susun atur kabin sama seperti varian Tank 500 lain, dengan papan pemuka hadapan menampilkan skrin infotainmen terapung sebesar 14.6 inci yang dijalankan oleh Coffee OS 3, serta kluster instrumen digital 12.3 inci.
Terdapat juga peti sejuk mini di bawah konsol tengah, skrin khas 17.3 inci untuk penumpang belakang, tempat duduk hadir dengan fungsi pemanas dan berpengudaraan selain kerusinya yang dibalut dengan kulit Nappa.
Dari segi rangkaian kuasa, Tank 500 PHEV yang dikemas kini masih mengekalkan sistem PHEV yang sama seperti sebelumnya,.

IA hadir dalam dua varian: Hi4-T dan Hi4-Z. Spesifikasi asas Hi4-T menggunakan enjin petrol 2.0-liter 4-silinder turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa 248 hp, digandingkan dengan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan dan satu motor elektrik untuk menghasilkan jumlah kuasa 402 hp. Ia menggunakan pek bateri litium ternari 37.1 kWh yang membolehkan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sejauh 110 km.
Sementara itu, varian spesifikasi tertinggi Hi4-Z turut menggunakan enjin petrol turbo yang sama, tetapi digandingkan dengan dua motor elektrik dan kotak gear DHT 3-kelajuan untuk menghasilkan jumlah kuasa gabungan 865 hp. Varian ini juga dilengkapi dengan pek bateri litium ternari lebih besar berkapasiti 59.05 kWh, yang menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 201 km.
Bukan itu sahaja, GWM Tank 500 PHEV yang dikemas ini juga dilengkapi dengan unit LiDAR di bumbungnya, sebahagian daripada sistem bantuan pemandu (ADAS) generasi ketiga GWM, Coffee Pilot Ultra.

Sistem ini turut menampilkan beberapa kamera di bahagian fender hadapan dan spoiler belakang. Bagaimanapun, GWM masih belum mengesahkan sama ada sistem ADAS baharu ini akan ditawarkan sebagai ciri standard untuk semua varian Tank 500 PHEV baharu atau sebaliknya.
Apapun, kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahuinya kerana pra-jualan bagi GWM Tank 500 PHEV 2025 ini akan bermula pada akhir Ogos 2025 di China. Seperti dijangka, tiada maklumat harga dikongsikan buat masa ini, tetapi dijangka sedikit lebih mahal berbanding model sedia ada .
Ia mungkin akan dijual sekitar 335,000 yuan (RM197,750).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3253
SELANGOR
BSR6274
JOHOR
JA3589J
PULAU PINANG
PSD8160
PERAK
APJ8664
PAHANG
CFH1740
KEDAH
KGH1243
NEGERI SEMBILAN
NEK9350
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?
GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.
23-07-2025
SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini
GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.
02-05-2025
Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K
GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.
15-04-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas
reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.
10-01-2025
KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80
Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
05-12-2024
GWM Tank 400 Versi Terbaru Didedahkan Di China – Ada Varian Hibrid
Pengeluar kenderaan China, Great Wall Motor (GWM), memperkenalkan versi baharu SUV lasak Tank 400 dengan teknologi enjin hibrid di China minggu ini. Gambar serta maklumat awal mengenai model ini mula tersebar di alam maya.
25-09-2025
GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas
reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.
10-01-2025
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat