ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Theottle Tampil Dengan Imej Render Perodua: Ini MUNGKIN Rupa EV Pertama Perodua

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle kini kembali pula dengan lakaran terbaharunya iaitu model elektrik pertama Perodua.

Pada minggu lepas, Perodua ada mendedahkan model 'half cut' EV Perodua di Malaysian Autoshow 2025 (MAS 2025) namun masih banyak perkara yang masih menjadi tanda tanya. 

Malah, prototaip itu juga dilihat sengaja dipaparkan dalam warna hitam.

Apapun, dengan lakaran terbaharu daripada Theottle, kita dapat membayangkan  model tersebut berkemungkinan akan menampilkan rekaan badan crossover fastback yang lebih sporty. 

image.pngimage.png

Menerusi pandangan pertama, anda boleh lihat bahawa Perodua EV yang dilakar berdasarkan beberapa elemen rekaan daripada model konsep Perodua e-MO II.

Maka tidak hairanlah, mengapa  crossover ini mempunyai rupa hadapan yang serupa dengan e-MO II, terutama dari segi  rekaannya. Ia dilihat akan hadir  tanpa gril, DRL LED nipis, serta bukaan udara bampar bawah yang lebih ketara.

Begitupun, terdapat perbezaan yang agak ketara di bahagian sisi  di mana ia sebenarnya  menampilkan bentuk badan crossover SUV yang lebih besar  dengan bumbung fastback sporty. 

image.png

Dengan menggunakan Alfa Romeo Junior sebagai rujukan, hakikatnya Perodua elektrik ini kelihatan cukup sporty dan sasa  walaupun ia sedikit  tinggi berbanding dengan hatchback sebelum ini.

Menjengah bahagian belakangnya, Theottle menggunakan model half cut yang dipamerkan sebagai rujukan untuk melengkapkan bahagian belakangnya.

image.png

Jadi, ia hadir dengan lampu belakang LED berbentuk segi tiga jenis tajam yang dihubungkan dengan bar lampu LED. Selain cermin belakang yang ke Bawah, terdapat spoiler yang dipasang di bumbung.

image.png

Apapun,  bahagian belakangnya  kelihatan ringkas dan kemas, tanpa hiasan berlebihan atau aksen yang menonjol untuk menjadikannya terlalu sporty.

Seperti yang dinyatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad semasa pratonton, EV baharu Perodua ini akan menjadi sebuah SUV crossover segmen B.

Jadi, ini juga menjadi punca  Theottle  menggunakan Alfa Junior sebagai rujukan rekaannya. 

Memandangkan saiznya agak kecil kecil, EV pertama Perodua ini dilihat tidak tidak akan bersaing secara langsung dengan model seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3, mahupun Chery Omoda E5.

Hakikatnya,  EV  ini berpotensi menjadi EV paling murah di pasaran tempatan, kerana Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad sudah mengesahkan bahawa model EV mereka akan ditawarkan di bawah harga RM80,000.

Ini kerana Perodua menjadi syarikat pertama yang tampil engan program perkhidmatan sewaan bateri secara berasingan.

Untuk itu,  kita tidak perlu menunggu terlalu lama untuk melihat versi produksi akhir EV Perodua ini memandangkan crossover sporty ini akan dilancarkan pada suku keempat 2025, dengan pengeluaran dijangka bermula seawal September tahun ini. 

Jika produk akhir kelihatan hampir seperti hasil render Theo, maka model Perodua elektrik ini  berpotensi menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rekaannya serta harganya yang mampu milik.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF9466

SELANGOR

BSR5731

JOHOR

JA2159J

PULAU PINANG

PSD7430

PERAK

APJ7985

PAHANG

CFH1518

KEDAH

KGH602

NEGERI SEMBILAN

NEK9063

KOTA KINABALU

SJT670

KUCHING

QAB1917P

Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
EV
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto
Kumpulan Pantai Bahru Kukuhkan Kedudukan Dengan Lancar Bilik Pameran Perodua

Kumpulan Pantai Bahru Kukuhkan Kedudukan Dengan Lancar Bilik Pameran Perodua

Kumpulan Pantai Bharu terus memperkukuh kehadirannya dalam industri automotif dengan melancarkan Era Baharu Perodua 3S Pantai Bharu sempena pembukaan rasmi bilik pameran dan pusat servis terbaharunya di Batu 1, Jalan Meru di Klang, baru-baru ini.

20-02-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto

22-12-2025

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.