Theottle Tampil Dengan Imej Render Perodua: Ini MUNGKIN Rupa EV Pertama Perodua

Pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle kini kembali pula dengan lakaran terbaharunya iaitu model elektrik pertama Perodua.
Pada minggu lepas, Perodua ada mendedahkan model 'half cut' EV Perodua di Malaysian Autoshow 2025 (MAS 2025) namun masih banyak perkara yang masih menjadi tanda tanya.
Malah, prototaip itu juga dilihat sengaja dipaparkan dalam warna hitam.
Apapun, dengan lakaran terbaharu daripada Theottle, kita dapat membayangkan model tersebut berkemungkinan akan menampilkan rekaan badan crossover fastback yang lebih sporty.


Menerusi pandangan pertama, anda boleh lihat bahawa Perodua EV yang dilakar berdasarkan beberapa elemen rekaan daripada model konsep Perodua e-MO II.
Maka tidak hairanlah, mengapa crossover ini mempunyai rupa hadapan yang serupa dengan e-MO II, terutama dari segi rekaannya. Ia dilihat akan hadir tanpa gril, DRL LED nipis, serta bukaan udara bampar bawah yang lebih ketara.
Begitupun, terdapat perbezaan yang agak ketara di bahagian sisi di mana ia sebenarnya menampilkan bentuk badan crossover SUV yang lebih besar dengan bumbung fastback sporty.

Dengan menggunakan Alfa Romeo Junior sebagai rujukan, hakikatnya Perodua elektrik ini kelihatan cukup sporty dan sasa walaupun ia sedikit tinggi berbanding dengan hatchback sebelum ini.
Menjengah bahagian belakangnya, Theottle menggunakan model half cut yang dipamerkan sebagai rujukan untuk melengkapkan bahagian belakangnya.

Jadi, ia hadir dengan lampu belakang LED berbentuk segi tiga jenis tajam yang dihubungkan dengan bar lampu LED. Selain cermin belakang yang ke Bawah, terdapat spoiler yang dipasang di bumbung.

Apapun, bahagian belakangnya kelihatan ringkas dan kemas, tanpa hiasan berlebihan atau aksen yang menonjol untuk menjadikannya terlalu sporty.
Seperti yang dinyatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad semasa pratonton, EV baharu Perodua ini akan menjadi sebuah SUV crossover segmen B.
Jadi, ini juga menjadi punca Theottle menggunakan Alfa Junior sebagai rujukan rekaannya.
Memandangkan saiznya agak kecil kecil, EV pertama Perodua ini dilihat tidak tidak akan bersaing secara langsung dengan model seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3, mahupun Chery Omoda E5.
Hakikatnya, EV ini berpotensi menjadi EV paling murah di pasaran tempatan, kerana Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad sudah mengesahkan bahawa model EV mereka akan ditawarkan di bawah harga RM80,000.
Ini kerana Perodua menjadi syarikat pertama yang tampil engan program perkhidmatan sewaan bateri secara berasingan.
Untuk itu, kita tidak perlu menunggu terlalu lama untuk melihat versi produksi akhir EV Perodua ini memandangkan crossover sporty ini akan dilancarkan pada suku keempat 2025, dengan pengeluaran dijangka bermula seawal September tahun ini.
Jika produk akhir kelihatan hampir seperti hasil render Theo, maka model Perodua elektrik ini berpotensi menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rekaannya serta harganya yang mampu milik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat