Toyota Tidak Berminat, Neta Auto Bakal Bankrap

Jenama EV dari China, Neta Auto, berdepan kemungkinan muflis apabila laporan CarNewsChina mendedahkan bahawa dokumen mahkamah baharu menunjukkan syarikat itu telah memfailkan prosiding kebankrapan selepas beberapa bulan berdepan masalah kewangan.
Toyota Nafi Ambil Alih Neta


Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Toyota berminat untuk mengambil alih Neta Auto. Namun, jurucakap Toyota Motor China, Xu Yiming, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
“Kami tidak pernah dengar tentang perkara ini dan mohon bantuan untuk menjelaskan khabar angin tersebut,” kata Xu kepada portal CarNewsChina.
Baca: Toyota Bakal Ambil Alih Neta Untuk Dominasi EV Di China?
Mahkamah Sahkan Permohonan Semakan Kebankrapan

Selepas khabar angin pengambilalihan itu disangkal, Neta kini berdepan risiko kebankrapan apabila rekod mahkamah mendedahkan bahawa syarikat induknya, Hozon New Energy Automobile Co. Ltd., sedang melalui proses semakan kebankrapan.
Platform maklumat kebankrapan China turut menunjukkan bahawa kes ini difailkan oleh Shanghai Yuxing Advertising Co. Ltd. dan kini sedang diproses oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan di Bandar Jiaxing, Wilayah Zhejiang.
Baca: Baru Tiga Bulan Beroperasi, Neta 'Hilang' Dari Singapura Tanpa Jejak
Neta Masih Belum Terima Dana Yang Dijanjikan
Sebelum kes kebrankrapan ini, Neta dilaporkan sedang mencari pelaburan baharu untuk melangsaikan hutang dengan pembekal dan meneruskan operasi.
Pada Januari 2025, Neta mengadakan mesyuarat pemegang saham untuk merancang pusingan pembiayaan Siri E, dengan sasaran kutipan sebanyak CNY 4 bilion (~RM2.39 bilion). Seorang pelabur utama dijangka menyumbang CNY 3 bilion (~RM1.79 bilion).
Pelaburan itu sepatutnya diterima pada April, namun menurut sumber dalaman Neta, dana tersebut masih belum diterima sehingga Mei 2025.
Proses Kebankrapan Akan Diteruskan Sekiranya Tiada Bantahan
-full.jpg)
Menurut undang-undang kebankrapan di China, proses biasanya dimulakan dengan permohonan pra-penyusunan semula atau pemfailan rasmi. Sekiranya pemiutang mengemukakan permohonan untuk pembubaran (liquidation), mahkamah diwajibkan memaklumkan kepada pihak syarikat dalam tempoh lima hari.
Penghutang pula diberi tempoh tujuh hari untuk membantah. Dalam tempoh enam bulan selepas mahkamah membuat keputusan untuk memulakan proses kebankrapan, pihak syarikat atau pentadbir yang dilantik perlu mengemukakan draf pelan pemulihan untuk dipertimbangkan oleh mahkamah dan mesyuarat pemiutang.
Baca: CarNewsChina
Baca: Neta Bakal Terkubur? Krisis Kewangan Meruncing, Bubar Pasukan R&D
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge