- Berita
- Berita Auto
- Bilik Pameran MG: MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran MG Di Seluruh Negara
Bilik Pameran MG: MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran MG Di Seluruh Negara

MG Motor Malaysia mengesahkan bahawa MG S5 EV sudah berada di semua bilik pameran Pengedar Sah MG Motor di seluruh negara.
Untuk itu, bagi yang berminat dengan MG S5 EV, anda boleh mengunjungi bilik pameran MG terdekat untuk melihat dan memandu uji sendiri model terbaharu itu.


Sebagai makluman, MG S5 EV adalah satu-satunya SUV EV segmen-B dengan pacuan roda belakang (RWD) di Malaysia.
Ia sebenarnya direka untuk menonjol dalam kelasnya, selain menawarkan gabungan unik reka bentuk anggun, ketangkasan terbaik dalam kelas, dan pengendalian yang menyeronokkan, semuanya disokong oleh ketepatan dinamik pemanduan ala British yang lancar.

Malah, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, MG S5 EV bukan sekadar kereta elektrik, ia membawa keseronokan memandu dan prestasi yang menjadi penanda aras dalam kelasnya.
MGS5 ini didatangkan dalam tiga varian dimana varian MG S5 Com (49kWh) – RM115,900, MGS5 EV COM Long Range (62kWh) – RM125,900 manakala varian Lux Long Range (62kWh) pula berharga RM135,900.

-full_normal.jpg)
Bagaimanapun, untuk 500 orang pelanggan pertama akan menerima manfaat berupa penjimatan sehingga RM6,000 serta pakej pengecas dinding 7kW secara percuma. Ini bermakna, harga jualan MGS5 EV bermula serendah RM109,900.
SUV segmen B elektrik sepenuhnya ini berukuran 4,476 MM panjang, 1,849 MM lebar dan 1,621 MM tinggi, dengan jarak roda 2,730 MM.

Saiznya meletakkannya dalam persaingan rapat dengan model seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3 dan Honda e:N1 yang dilancarkan baru-baru ini.
Kesemua varian secara standard dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda belakang berkuasa 170 PS dan 250 Nm.
Selain itu, MG S5 EV juga menyokong pengecasan AC 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 120 kW, manakala varian Lux pula diberikan kelebihan pengecasan pantas DC sehingga 150 kW. Jadi MG S5 EV Lux boleh dicas dari 10-80 peratus hanya dalam 26 minit.

Jentera ini dilengkapi dengan skrin kluster digital 10.25 inci serta skrin tengah sebesar 12.8 inci, ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar termasuk kefungsian Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainmen dengan arahan suara dan banyak lagi.
Begitupun, varian Lux pula mendapat kelengkapan tambahan. Ini termasuklah rim aloi 18 inci, bumbung kaca panorama, upholsteri tempat duduk kulit-fabrik, tempat duduk pemandu boleh laras, pemanas roda stereng, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, pintu tailgate berkuasa, sistem audio dengan enam pembesar suara dan kamera keliling.
Ruang butnya pula seluas 1,441 liter .
Jika anda berminat dengan MG S5 EV, Berikut ialah senarai acara pandu uji khas MGS5 EV yang dianjurkan oleh pengedar MG Motor.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000
MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
20-05-2025
MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000
MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
20-05-2025
MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka
MG Motor mendedahkan imej teaser model terbaharunya, MG S5 elektrik.
04-04-2025
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat