DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Ada berita baik untuk pengguna kenderaan elektrik (EV). Ini kerana pengguna yang menggunakan Pengecas EV Pintar DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG), tidak lama lagi.
Seperti sedia maklum, semua stesen pengecas DC Handal menyokong pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad debit dan kredit, MyDebit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay serta aplikasi JomCharge dan ChargEV.

Maka kini, satu lagi bentuk pembayaran yang boleh dibuat adalah menerusi e-dompet TnG. Jadi, ini adalah berita baik untuk mereka yang lebih membuat perbelanjaan dengan TNG.
Apa yang diketahui setakat ini, perkhidmatan pembayaran e-dompet TnG akan didapati di semua stesen DC Handal tidak lama lagi.
Antara lokasi terpilih adalah di The Sphere dan The Horizon di Bangsar South. Lokasi ini berkemungkinan menjadi tapak ujian sebelum pelaksanaan secara meluas.

Untuk menggunakan pembayaran menerusi e-dompet, ia sebenarnya mudah sahaja. Ini kerana anda hanya perlu pilih pengecas, kemudian pilih mod pembayaran TnG dan akhirnya imbas kod QR TnG pada mesin pembayaran. Selepas semua prosedur ini selesai, anda sudah boleh mengecas kereta anda!
Setelah selesai mengecas, tamatkan sesi dengan memilih "berhenti mengecas" dan masukkan 4 digit terakhir nombor telefon bimbit anda.


Sebelum terlupa, baki minimum yang perlu ada di dalam e-dompet TNG adalah sebanyak RM150.
Untuk makluman, ketika cuba membuat pembayaran menerusi TnG, kami ada menghadapi sedikit masalah untuk mengimbas kod QR TNG disebabkan cahaya matahari terik yang memantul pada skrin telefon.


Memandangkan pengimbas kod berada di bawah ranti, anda sebenarnya perlu memiringkan skrin anda ke atas sedikit. Kaedah ini akan y menjadi sedikit sukar ketika berada di bawah matahari terik.
Kami berharap pihak DC Handal memandang perkara ini dengan lebih serius kerana ia akan menyebabkan pengguna menjadi serabut dan tertekan ketika membuat pembayaran nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG1824
SELANGOR
BSR5984
JOHOR
JA2917J
PULAU PINANG
PSD7760
PERAK
APJ8397
PAHANG
CFH1618
KEDAH
KGH985
NEGERI SEMBILAN
NEK9207
KOTA KINABALU
SJT947
KUCHING
QAB2015P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.
07-10-2025
DC Handal Lancar Hab Pengecasan EV 1.2 MW Di Johor – Tiada Had Masa, Dari RM1.30 kWj
DC Handal secara rasmi melancarkan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbesarnya setakat ini.
28-03-2025
500 Pengecas EV Akan Dibina di JPO – DC Kapasiti 1MW!
Genting Simon Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk memasang 500 pengecas kenderaan elektrik (EV) di Johor Premium Outlets (JPO).
04-03-2025
Pengecas EV Pintar DC Handal Disediakan Di Bamboo Hills – Dari RM0.90/kWj
DC Handal telah menaik taraf fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang disediakan di Bamboo Hills menjadi hab pengecasan pantas (DCFC) yang lebih komprehensif.
01-02-2025
Seksyen 2 WCE Dibuka Hari Ini – Bebas Tol Sebulan, Ada Stesen Pengecas EV 240 kW
Seksyen 2 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) telah rasmi dibuka mulai hari ini. Sempena pembukaannya, laluan sepanjang 7.2 kilometer ini bebas tol sehingga 22 Februari 2025.
22-01-2025
Persaingan Harga Pengecas EV Makin Sengit – DC Handal Tawar RM1.00/kWj Untuk DC?
DC Handal kini menawarkan kadar tetap RM1.00/kWj bagi pengecasan pantas DC (DCFC) di beberapa lokasi.
09-12-2024
Pengecas Pantas DC Handal Kini Di XPeng Glenmarie – Hingga 80 kW, Dari RM1.20/kWj
Pengeluar kenderaan dari China, XPeng, baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan (CPO) tempatan, DC Handal.
04-09-2024
Hab Pengecasan 400 kW DC Handal Kini Di Plaza Tol Trong WCE – Dari RM1.50/kWj
DC Handal dan West Coast Expressway (WCE) mengaktifkan kemudahan pengecasan pantas DC (DCFC) di Plaza Tol Trong.
28-06-2024
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat