Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Selepas pelbagai khabar angin dan gambar intip yang tersebar di media sosial, pengeluar automotif Korea, Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Julai ini.
Susulan itu, beberapa imej teaser model EV itu disiarkan menjelang penampilan globalnya di Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung dari 10 Julai hingga 13 Julai di United Kingdom.
Menerusi imej itu, Ioniq 6 N baharu ini nampaknya dibangunkan berasaskan versi facelift, dimana menampilkan lampu utama LED bersama lampu siang LED DRL jenis nipis di bahagian atas.


Seperti dijangka, model N ini menerima kit badan yang lebih agresif, termasuk bampar hadapan sporty dengan saluran udara yang lebih besar serta bahagian hadapan berwarna hitam berkilat ala Ioniq 5 N.
Tertera juga logo Hyundai N di sekeliling kereta ini, termasuk di pintu belakang dan penutup tengah rim, di mana angkup brek berwarna merah turut kelihatan agak tersembunyi.


Elemen reka bentuk utama lain yang dapat dilihat daripada imej teaser ini adalah ia dilengkapi dengan sayap belakang gaya “swan neck”, spoiler pada pintu but, serta warna cat Performance Blue ikonik Hyundai N yang menyelubungi kereta ini.
Untuk makluman, Ioniq 6 N telah dibangunkan selama beberapa tahun, dimana ia diperkenalkan melalui kereta konsep Hyundai RN22e pada tahun 2022. Ia menunjukkan betapa bezanya Ioniq 5 N berbanding kembarnya yang standard.

Jadi, kita boleh menjangkakan bahawa ia akan mempunyai perubaha yang serupa memandangkan Hyundai menggambarkan model ini dibangunkan berdasarkan tiga perkara iaitu Corner Rascal, Racetrack Capability, dan Everyday Sports Car.
Kita juga boleh menjangka Ioniq 6 N ini dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor seperti kembarnya versi hatchback, yang mampu menghasilkan 601 hp (448 kW), atau sehingga 641 hp (478 kW) apabila mod N Grin Boost diaktifkan.
Jadi ada kemungkinan, ia akan dilengkapi teknologi bunyi tiruan N Active Sound+ serta fungsi N e-shift seperti yang ditawarkan pada Ioniq 5 N ciri.I a sebenarnya seolah-olah mahu meniru rasa penukaran gear untuk pengalaman pemanduan menyeronokkan.

Jika Ioniq 6 N menerima trenkuasa dan sistem mekanikal yang sama seperti Ioniq 5 N, salun EV berprestasi ini berpotensi mengatasi “hot hatch” kembarnya itu. Namun begitu, ini hanyalah jangkaan, jadi lebih baik kita tunggu dan lihat sama ada ia akan menjadi kenyataan.
Maklumat lanjut mengenai Hyundai Ioniq 6 N baharu ini dijangka akan didedahkan menjelang debutnya di Goodwood pada 10 Julai 2025.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
