ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport versi pemasangan tempatan (CKD), sebentar tadi.

image.pngimage.png

BMW  320i Sport dijual pada harga RM290,000 manakala BMW 330i Sport pula RM313,800. Untuk makluman, BMW 330i M Sport dan BMW 320i Sport kini ditambah ke dalam rangkaian.

Bermula dengan reka bentuk luaran yang menyumbang kepada kejayaan model ini, BMW 330i M Sport mengekalkan imej atletiknya menerusi elemen rekaan M Sport yang garang serta profil aerodinamik yang bergaya.

Sementara itu, BMW 320i Sport tampil dengan gaya lebih elegan.

image.pngimage.png

Gril ‘ginjal’ pada BMW 330i M Sport diwarnai hitam pekat bagi menyerlahkan lagi penampilan sportynya, manakala gril BMW 320i Sport menampilkan warna Pearl Chrome yang dipadankan dengan aluminium satin pada bahagian luaran.

Kedua-dua model dilengkapi lampu hadapan LED bersama pembantu lampu tinggi. Ciri pencahayaan ambien turut disertakan bagi menerangi kawasan sekitar pintu – dibangunkan khas untuk BMW 3 Series baharu.

image.png

Pembukaan automatik pintu but belakang turut disediakan sebagai ciri standard demi kemudahan pengguna.

BMW 330i M Sport Baharu hadir dengan rim aloi ringan M bersaiz 19 inci dalam gaya jejari berkembar 996 M Bicolour, dipadankan bersama tayar jenis run-flat.

Sementara itu, BMW 320i Sport menggunakan rim aloi ringan 18 inci gaya V-spoke 780 Bicolour, juga dilengkapi tayar run-flat.

Eksklusif untuk BMW 330i M Sport ialah pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M, serta M High- Gloss Shadowline dengan elemen lanjutan; manakala BMW 320i Sport Baharu menampilkan garis luaran aluminium satin. 

Menjengah ruang dalaman kedua-dua model, mereka menampilkan kabin moden dengan fokus utama terhadap rekaan yang kemas dan selesa.

Panel instrumen baharu yang lebih langsing telah diintegrasikan dengan lubang udara tirus yang menonjolkan seni bina dalaman kontemporari. Butang kawalan bergalvani yang moden memberikan kawalan yang intuitif, terutamanya untuk sistem pengudaraan.

Tarikan utama dalam kabin ialah BMW Curved Display yang mengintegrasikan kluster instrumen digital 12.3 inci dan paparan kawalan pusat bersaiz 14.9 inci.

Ia dikuasakan oleh BMW Operating System 8.5 dengan fungsi QuickSelect yang membolehkan akses pantas kepada fungsi utama seperti navigasi, hiburan, dan tetapan kereta. BMW Live Cockpit Professional juga ditawarkan sebagai ciri standard, lengkap dengan BMW Head-Up Display berwarna penuh dan navigasi Augmented View bagi meningkatkan keselamatan sewaktu pemanduan.

BMW 330i M Sport Baharu dilengkapi stereng sukan variable sports untuk ketepatan dan tindak balas pemanduan yang lebih baik – hasil daripada kejuruteraan M Sport.

image.pngimage.png

BMW 320i Sport Baharu pula tersedia dengan stereng sukan yang serasi dengan reka bentuk dalamannya yang sofistikated. Kedua-dua model menawarkan sistem akses yang selesa, pakej cermin dalam dan luar, cermin pandang belakang dalaman dengan sistem anti-silau automatik.

Antara kelengkapan lain ialah,sistem lipatan kerusi ‘through-loading’, sports seat untuk pemandu dan penumpang hadapan, pakej ruang storan, pencahayaan ambien, dan sistem penyaman udara automatik. Secara eksklusif, BMW 330i M Sport menampilkan trim dalaman Aluminium Rhombicle Anthracite M, panel instrumen mewah, butang kawalan bergalvani, sistem pembesar suara HiFi, stereng kulit M dan pelapik bumbung M anthracite berwarna gelap.

image.pngimage.png

Sementara itu, BMW 320i Sport tampil unik dengan kemasan dalaman Dark Graphite matt dan stereng sports. BMW 330i M Sport Baharu dikuasakan oleh enjin BMW TwinPower Turbo 2.0 liter empat silinder yang menghasilkan kuasa 190 kW (258 hp) dan tork 400 Nm.

image.pngimage.png

Digandingkan bersama transmisi automatik 8-speed Steptronic Sport dan sistem pacuan roda belakang, sedan ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 5.8 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Sementara itu, BMW 320i Sport menggunakan enjin yang sama tetapi ditala untuk menjana 135 kW (184 hp) dan tork 300 Nm, dengan pecutan 0 ke 100 km/j dalam masa 7.4 saat dan kelajuan tertinggi 235 km/j.

image.png

Dari segi sistem sokongan pemandu, kedua-dua model BMW 330i M Sport Baharu dan BMW 320i Sport Baharu dilengkapi Active Cruise Control bersama fungsi Stop&Go dan Driving Assistant yang merangkumi Lane Change Warning, Speed Limit Info, Rear Crossing Traffic Alert dengan intervensi brek, dan Exit Warning.

image.pngimage.png

Malah, Bantun Parking Plus turut hadir sebagai ciri standard, dengan sistem berasaskan kamera dan ultrabunyi termasuk Park Assist, Reversing Assistant, Active Park Distance  Control, Surround View System, Remote 3D View, BMW Drive Recorder, Anti-Theft Recorder serta rangkaian lengkap fungsi Parking Assistant.

BMW 330i M Sport Baharu dan BMW 320i Sport Baharu didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti Alpine White, Black Sapphire dan Arctic Race Blue.

image.pngimage.png

Eksklusif untuk setiap model, BMW 330i M Sport juga boleh didapati dalam warna M Brooklyn Grey, manakala BMW 320i Sport tersedia dalam Skyscraper Grey.

Untuk bahagian dalaman, kedua-dua model menggunakan upholsteri Sensatec yang berliang dan berwarna hitam.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9073

SELANGOR

BSU4086

JOHOR

JF6941J

PULAU PINANG

PSG4245

PERAK

APM2413

PAHANG

CFJ1132

KEDAH

KGJ4650

NEGERI SEMBILAN

NEM2780

KOTA KINABALU

SJU5480

KUCHING

QAB7531P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-01-2025
Global

29-05-2024
Berita Auto

19-01-2024
Video

BMW 3 Series dilancarkan dekat Malaysia, 320i, 330i dan 330e M Sport harga RM283,800 - RM317,800.

New 2023 Hyundai Palisade Review | A Fine Example Of Why Size Does Matter The New Facelifted Hyundai Palisade is now available in Malaysia. Four variants offered are both 2.2 Diesel and 3.8GDI Petrol in either 7-seater or 8-seater configuration. The 2023 Hyundai Palisade is priced from RM368,888 to

03-02-2023
Teknologi

26-01-2023
Kereta Baru

10-01-2023
Berita Auto

18-07-2022
Pandu Uji

20-05-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.