ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain memperkenalkan AMG GT Coupe generasi kedua, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance. Roadster plug-in hibrid (PHEV) ini pula dijual pada harga RM2,168,888 atas jalan, termasuk waranti standard kenderaan selama 4 tahun tanpa had perbatuan.

Ia yang dikatakan sebagai  model SL paling berkuasa yang pernah dihasilkan dikuasakan oleh sistem hibrid V8 PHEV yang sama digunakan pada AMG GT Coupe dan versi empat pintunya. 

image.pngimage.png

Ia menggunakan enjin V8 4.0 liter twin-turbo buatan tangan manakala enjinnya dipadankan dengan motor elektrik yang dipasang di belakang untuk menghasilkan output keseluruhan sebanyak 816 PS dan tork 1,420 Nm.

Dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC milik Mercedes dan transmisi hibrid dua kelajuan, membuatkan SL 63 S E Performance mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam hanya 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 317 km/j. 

image.png

Bagaimanapun, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya adalah minimum iaitu cuma hanya 13 km ekoran  pek baterinya yang berkapasiti 6.1-kWh.

Selain sistem PHEV berprestasi tinggi ini, SL 63 juga menerima pelbagai peningkatan prestasi eksklusif AMG seperti AMG Active Ride Control dengan penstabil olengan aktif, stereng gandar belakang, brek seramik karbon AMG dengan angkup enam piston di hadapan, serta elemen aerodinamik aktif tersembunyi di bawah ruang enjin.

Selain itu, terdapat lapan mod pemanduan: Electric, Battery Hold, Comfort, Smoothness, Sport, Sport+, Race, dan Individual.

image.pngimage.png

Dibina berdasarkan model SL generasi R232, SL 63 S E Performance memaparkan elemen rekaan tajam yang hampir menyerupai AMG GT Coupe.

Antara ciri reka bentuk luaran yang agak menonjol adalah lampu digital LED tajam di kedua-dua hujung, bentuk badan roadster  dengan bonet depan panjang manakala bahagian belakang pendek, rim aloi tempa 21 inci, serta pelbagai pakej gaya AMG seperti AMG Night Package, AMG Aerodynamics Package, dan AMG Exterior Carbon Fibre Package.

image.pngimage.png

Seperti model SL lain, SL 63 ini dilengkapi dengan bumbung lembut jenis boleh buka (soft-top). Kata Mercedes, ia boleh dibuka dalam masa 15 saat pada kelajuan sehingga 60 km/j.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya,  anda akan melihat konfigurasi tempat duduk 2+2. Di hadapan, roadster berprestasi ini turut dilengkapi pelbagai ciri keselesaan termasuk skrin infotainmen MBUX 11.9 inci dan kluster meter digital dengan grafik khusus AMG.

image.pngimage.pngimage.png

Antara kelengkapan lain termasuk  stereng AMG berbalut kulit, tempat duduk hadapan AMG Performance dengan fungsi pengudaraan dan urutan, upholsteri kulit Manufaktur Nappa dengan corak jahitan berlian di sekeliling kabin, sistem pemanas leher terbina Airscarf, dan banyak lagi.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-01-2023
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.