Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Sejak pelancarannya pada Februari lalu, SUV premium, Jaecoo J7 PHEV, telah mencatatkan beberapa kejayaan yang membanggakan. Jentera ini bukan sahaja model elektrik pertama dari Jaecoo, malah ia juga merupakan model PHEV paling mampu milik di Malaysia, menjadikan teknologi canggih ini dapat diakses ramai.

Sehingga kini, lebih 800 unit J7 PHEV telah didaftarkan di Malaysia, menandakan penerimaan positif orang ramai terhadap teknologi hibrid baharu ini. Bagi meraikan pencapaian ini, Omoda | Jaecoo Malaysia (O&J) menganjurkan majlis penyerahan khas kepada 100 pembeli terawal.
Teknologi Super Hybrid System (SHS) yang Canggih


Menurut Naib Presiden O&J Malaysia, Emily Lek, J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C melalui sistem yang dibangunkan, Super Hybrid System (SHS). Ia menggabungkan enjin 1.5 liter turbo 4 silinder dengan bateri LFP 18.3 kWj, membolehkan jarak perjalanan sehingga 1,300 km dicapai dengan satu tangki dan cas bateri penuh.

Yang menariknya, jarak perjalanan yang mampu dicapai dengan hanya menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya boleh mencecah sehingga 106 km, berdasarkan piawaian NEDC.
Pengalaman Positif daripada Pengguna Terawal

Beberapa pembeli awal turut berkongsi pengalaman mereka semasa majlis tersebut. Manivannan Manickam berkata, “J7 PHEV sangat selesa untuk kegunaan keluarga dan mampu menempuh jarak perjalanan yang jauh tanpa perlu berhenti untuk mengisi minyak dengan kerap. Saya berpuas hati dengan pilihan ini dan yakin akan terus menggunakan kenderaan ini pada tahun-tahun yang mendatang.”
Sementara itu, Ian Chan dari Singapura yang telah memandu J7 PHEV dari Singapura ke Kuala Lumpur berkongsi, “Saya sudah menggunakan J7 PHEV selama beberapa bulan dan sangat menyukai pengalaman [menggunakan jentera] ini. Saya datang ke Malaysia khas untuk bertemu dengan pemilik J7 PHEV lain kerana komuniti sebegini belum ada di Singapura.”
Baca: [PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV: Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?
Harga Berpatutan dengan Jaminan Komprehensif


Jaecoo J7 PHEV ditawarkan pada harga RM158,800, termasuk jaminan standard kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km. Selain itu, bateri PHEV, motor kuasa dan unit kawalan motor dilindungi dengan jaminan berasingan selama 8 tahun atau 160,000 km. Sekiranya kesihatan bateri (SoH) jatuh di bawah 70% dalam tempoh jaminan, pelanggan layak mendapat pertukaran bateri satu-ke-satu.
Baca: Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge