Kit Aerodinamik Untuk Toyota GR Yaris Tapi Malangnya Tak Masuk Malaysia

Syarikat talaan terkenal dari Jepun, HKS, melancarkan kit badan aero terbaharu untuk hot-hatch Toyota GR Yaris, baru-baru ini.
Dikenali sebagai Type-S Gen2, kit ini direka khusus untuk kegunaan di litar selain menampilkan pelbagai komponen aero agresif yang diperbuat daripada bahan ringan.


Bagaimanapun, HKS menegaskan ia bukan sekadar untuk gaya.

Kit Type-S Gen2 ini bermula di bahagian hadapan dengan pemasangan splitter baharu yang lebih menonjol yang diperbuat daripada polimer gentian kaca (GFRP), manakala plat hujungnya diperbuat daripada gentian karbon untuk penampilan yang lebih sporty.
Selain menjadikan GR Yaris kelihatan lebih garang, splitter ini juga berfungsi menambah daya tekan (downforce) di gandar hadapan kenderaan ini.


Di bahagian sisi pula, GR Yaris turut menerima skirt sisi yang agresif dan diperbuat daripada GFRP.
Begitupun, ia masih tidak dapat menandingi bahagian belakang, di mana HKS melengkapkan hot-hatch ini dengan spoiler belakang gaya swan neck yang diperbuat daripada gentian karbon, serta terdapat spats aero pada kedua-dua hujung bampar belakang. Ia juga diperbuat daripada gentian karbon.
Seperti mana yang ditegaskan HKS, semua komponen tambahan ini bukan sekadar untuk gaya luaran sebaliknya ia memberikan downforce tambahan dan membantu menambah baik prestasi aerodinamik kenderaan ini.
Dikhabarkan, HKS telah pun membawa GR Yaris yang telah dinaik taraf ini ke Japan Super Endurance Series 2025, di mana ia bertanding dalam kelas ST-2.

Apapun, tiada pentas yang lebih sesuai untuk menguji kit aero baharu ini.
Di Jepun, kit badan HKS Type-S Gen2 untuk Toyota GR Yaris kini boleh dibeli sama ada secara berasingan atau sebagai satu set penuh.

Splitter hadapan dijual pada harga 165,000 yen (RM4,851), manakala skirt sisi dan spoiler belakang masing-masing berharga 132,000 yen (RM3,881).
Buat masa ini, HKS masih belum mengesahkan ketersediaan kit ini di pasaran luar negara, jadi bagi pemilik GR Yaris Malaysia, anda perlu mencari alternatif lain untuk mendapatkan kit ini.
Selain kit badan sporty ini, HKS turut menawarkan pelbagai naik taraf prestasi untuk GR Yaris, termasuk sistem ekzos, suspensi, kit intercooler, ECU, kit naik taraf enjin, dan banyak lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.
23-01-2026
Toyota GR Yaris Rally2 H2: Kereta Rali Hidrogen Pertama Dunia Bakal Beraksi Di WRC!
Toyota sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk membangunkan teknologi hidrogen dengan Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept.
09-07-2025
Toyota GR Yaris 2025 Kini Dengan Transmisi 8AT Lebih Responsif, Kit Badan Lebih Agresif!
Belum cukup setahun selepas versi facelift dilancarkan, Toyota GR Yaris kini diberikan beberapa ciri baharu untuk pasaran Jepun.
13-04-2025
Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pelancaran model terkini GR dan GR Sport bagi tahun 2025, iaitu GR Yaris dan GR Corolla yang telah diberikan nafas baharu.
05-01-2025
KLIMS 2024: Toyota GR Yaris Versi Facelift Ditayang! Bakal Dilancar Tahun Depan?
Toyota GR Yaris facelift membuat penampilan sulungnya di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
05-12-2024
Aplikasi Toyota GR Circuit Mode Tingkatkan Prestasi Jentera di Hujung Jari!
Toyota telah memperkenalkan aplikasi khas, Toyota GR Circuit Mode, yang membolehkan pengguna meningkatkan prestasi jentera di hujung jari!
06-08-2024
Toyota GR Corolla 2025 Didedahkan – Gear Automatik 8 Kelajuan, Tork 400 Nm!
Toyota GR Corolla 2025 kini hadir dengan beberapa sentuhan baharu. Apa yang berubah? Jom baca.
02-08-2024
Toyota GR Corolla Bakal Ditawarkan dalam Versi Automatik?
Toyota GR Corolla dikhabarkan akan ditawarkan dalam versi transmisi automatik (AT).
10-07-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
