Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.
Untuk permulaan,model pertamanya ialah van elektrik sepenuhnya yang dinamakan sebagai DuoLa Bafang (多拉八方).
Difahamkan, van elektrik baharu ini digunakan untuk penghantaran kargo, selain mampu membawa muatan yang banyak membawa lebih banyak.
Promosi pra-pelancaran telah pun dijalankan di pelbagai saluran media Lalamove, dengan menampilkan rekaan berani bercirikan "tech-mecha".


DuoLa Bafang hadir dengan rekaan kotak dan tertutup untuk tujuan praktikal.
Menjengah luarannya,ia menampilkan panel tertutup serta lampu hadapan berbentuk segi empat yang disusun secara menegak. Lampu ini membentuk huruf “H”, berkemungkinan merujuk kepada nama Cina Lalamove.
Selain itu, ia hadir dengan nampar hitam dengan saluran Udara bagi menampakkan ia lebih moden dan lasak.
Melihat bahagian sisinya, van elektrik ini mengekalkan profil yang agak ringkas. Ruang kargo terletak di belakang kabin dan ada pintu gelangsar yang boleh dibuka di sebelah kiri.
Menurut dokumen rasmi daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT), DuoLa Bafang berukuran 5,095 mm panjang, 1,870 mm lebar, dan 1,990 MM tinggi, dengan jarak roda 3,300 mm.
Ia menawarkan ruang kargo 7.8 meter padu, kira-kira satu meter padu lebih besar berbanding kebanyakan van bersaiz sederhana.
Tempat duduk barisan hadapan boleh memuatkan tiga orang, dan pintu belakang boleh dibuka seluas 270 darjah, sekali gus memudahkan kerja memasukkan dan mengeluarkan barangan.
Mengenai trenkuasa, ia disumbat dengan satu motor elektrik yang berkuasa 94 kW. Selain itu, ia juga hadir dengan salah satu daripada tiga pilihan bateri: CATL 43.53 kWh, FinDreams 43.06 kWh atau EVE Energy 41.86 kWh.

Sementara itu, kapasiti bateri adalah antara 41.86 hingga 43.53 kWh, dimana ia mampu menawarkan jarak maksimum sejauh 305 KM. Maknanya, ia sesuai digunakan untuk penghantaran barang dalam bandar.
Disebabkan peraturan ketat pengeluaran EV di China, Lalamove bekerjasama dengan Changan Kaicene sebagai rakan pengeluarannya. Changan Kaicene akan mengeluarkan tiga versi van elektrik ini, dimana ketiga-tiganya menggunakan rekaan sama.
Menurut CarNewsChina, di China, 40% daripada penghantaran Lalamove pada tahun 2024 telah pun menggunakan EV, meliputi jarak sejauh 7.4 bilion KM. Syarikat ini juga telah membina 940,000 stesen pengecasan di 338 bandar.

Di Malaysia, selain Grab, Lalamove merupakan satu lagi penyedia perkhidmatan penghantaran utama. Adakah DuoLa Bafang akan ditawarkan di sini?
Mungkin ya, ini kerana Malaysia kini giat untuk beralih ke arah pengangkutan lebih hijau. Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Allianz Anjur Program Latihan Keselamatan Untuk Rider P-Hailing
Allianz Malaysia makan mengadakan dua program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal P-hailing.
22-07-2025
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat