ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peranti Had Kelajuan Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa 1 Oktober

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan mengesahkan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (SLD) untuk kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres akan bermula 1 Oktober ini.

Ia adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan jalan raya serta mengurangkan risiko kemalangan maut yang  melibatkan kenderaan berat. SLD merupakan peranti kawalan had laju atau sistem yang direka untuk  mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, semua bas persiaran, bas wkspres dan kenderaan barangan berat  maksimum melebihi 3,500kg (yang didaftar bermula 1 Januari 2015), adalah diwajibkan untuk mendapatkan Pengesahan Kefungsian dan  Laporan SLD

"Kenderaan ini wajib mendapatkan Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD daripada pihak pengilang/pengeluar kenderaan, Technical Service (TS) yang diiktiraf oleh JPJ, bengkel atau fasiliti servis yang diiktiraf oleh JPJ atau Badan Pensijilan Bertauliah (oleh Jabatan Standard Malaysia) yang diiktiraf oleh JPJ.

"Dokumen Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD ini wajib diperbaharui setiap dua tahun dan perlu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) dan ketika permohonan atau pembaharuan permit di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

image.png

Malah, kenderaan barangan (berat maksimum melebihi 3,500kg) dan kenderaan penumpang (membawa penumpang melebihi lapan orang dan berat maksimum melebihi 5,000kg) yang didaftar sebelum 1 Januari 2015 juga wajib mempunyai dan mengaktifkan fungsi SLD dalam Eletronik Control Unit (ECU).

image.png

"Kenderaan 'rebuild' dan kenderaan barangan Import Terpakai (berat maksimum melebihi 3,500kg) turut akan dikuatkuasakan. Penguatkuasaan pengaktifan SLD dalam ECU akan bermula 1 Januari2026," katanya.

Menurutnya, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan pemeriksaan di kilang-kilang pengeluaran akan memastikan had laju yang ditetapkan pada SLD adalah mengikut Had Laju Kebangsaan. Semua jenis bas dan kenderaan berat ditetapkan had laju maksimum 90km/j," katanya.

Beliau berkata, bagi kenderaan yang tidak dilengkapi sistem SLD, diwajibkan memasang peranti SLD secara retrofit yang sudah mendapat pengesahan daripada JPJ.

image.png

"Pemasangan peranti SLD ini perlu disahkan oleh pihak berkelayakan seperti disebutkan. Langkah ini bertujuan memastikan peranti dipasang mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan serta berfungsi dengan sempurna bagi menjamin keselamatan dan pematuhan undang-undang berkaitan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4451

SELANGOR

BSR6550

JOHOR

JA4193J

PULAU PINANG

PSD8530

PERAK

APJ9073

PAHANG

CFH1849

KEDAH

KGH1351

NEGERI SEMBILAN

NEK9496

KOTA KINABALU

SJT1297

KUCHING

QAB2144P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

MoT Perhalusi Bangunkan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang Di Pulau Carey

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC).

05-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Bermula Tahun Depan, Tiada Lagi Diskaun Saman

Bermula tahun depan, semua saman tertunggak perlu dijelaskan mengikut prinsip baharu tanpa sebarang pengurangan tambahan.

23-10-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10

Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.

27-08-2025
Berita Auto

Setiap Tahun, RM15 Juta Dibelanja Untuk Selenggara Kamera AWAS

Jumlah itu meliputi kerja-kerja penyelenggaraan dan servis kamera serta sistem ‘back office’, selain mencetak saman AWAS.

14-08-2025
Berita Auto

Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!

Kerajaan akhirnya mengharamkan pengimportan peranti keselamatan palsu dikenali sebagai 'dummy seatbelt buckle' atau pencangkuk palsu mulai 31 Disember ini.

07-07-2025
Berita Auto

"MOT Akan Ambil Tindakan Tegas Sejurus Siasatan Selesai, - Menteri

MOT menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sejurus siasatan selesai berhubung nahas bas yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI, semalam.

10-06-2025
Berita Auto

MOT Cadang Tarif Elektrif Khas Untuk Pengangkutan Awam

Tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam kerana pengusaha dicaj tarif yang sama seperti syarikat perniagaan biasa.

08-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.