Sistem KEJARA: Gagal, Tidak Efektif, Bakal Dirombak Besar-Besaran

Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) gagal, bakal dirombak secara besar-besaran!
Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Menurutnya, sistem itu yang dilaksanakan sejak 2017 perlu dirombak secara besar-besaran kerana sudah tidak efektif.
Sistem itu dilihat tidak efektif kerana mata demerit hanya akan dipotong ke atas pemegang lesen memandu selepas bayaran kompaun dibuat.
Kegagalan utama meliputi kaedah yang digunakan bagi sistem pemberian mata demerit kesalahan ke atas pesalah trafik.
Ujarnya, kiraan demerit Kejara hanya berkuat kuasa selepas individu itu melunaskan saman atau didakwa di mahkamah dan bukannya ketika melakukan kesalahan berkenaan.
"Sebagai Menteri Pengangkutan, saya mengakui sistem Kejara ini gagal sebab kita punya pendekatan salah.
“Sebab dia bayar saman, baru potong markah, jadi lebih baik ramai tak bayar saman sekarang.Sebab itu, saya katakan sistem ini memang perlu dirombak dan (kementerian) sedang melihat (pendekatan baharu) yang akan dilaksanakan.

“Kita akan teruskan tetapi kita akan buat rombakan, tapi bukan lagi bila bayar saman baru potong markah (demerit point), itu kita kena lihat dari segi perundangan dan sebagainya, semua itu ada implikasi,” katanya lagi.
Sistem Kejara adalah suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Berikut adalah sistem mata demerit kepada pemegang lesen memandu berlaku dengan beberapa peringkat hukuman:
- Amaran – 20 mata terkumpul
- Gantung kali pertama (6 bulan hingga 8 bulan) – 20 mata terkumpul
- Gantung kali kedua (8 bulan hingga 10 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
- Gantung kali ketiga (10 bulan hingga 12 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
- Gantung kali keempat dan seterusnya (10 bulan hingga 12 bulan) – 20 mata terkumpul atau lebih
- Tidak bermula ketika OKS menerima notis saman oleh JPJ atau PDRM;
- Permulaan pengiraan mata demerit ialah apabila OKS membayar kompaun atau denda bagi kesalahan yang tersenarai di dalam Jadual Kesalahan Mata Demerit.
Bagaimanapun, setelah tamat tempoh penggantungan lesen memandu (12 bulan), OKS boleh memohon semula lesen memandu dan perlu bermula dari awal proses mendapatkan lesen memandu yang disyaratkan oleh JPJ.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
