SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K


Selepas jenama ini membuat kemunculan yang pertamanya di negara kita semasa acara automotif Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. SUV elektrik segmen B ini akan ditawarkan dalam dua varian, dengan harga bermula sekitar RM145,000 untuk varian 2WD dan RM155,000 untuk varian tertinggi iWD.
Malaysia Pasaran RHD Pertama iCaur 03
Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menerima versi pemanduan sebelah kanan (RHD) iCaur 03 (tetapi model kembarnya, Jaecoo J6 sudah pun dijual di Thailand).


Varian asas, iCaur 03 2WD menggunakan motor elektrik tunggal di belakang dengan kuasa 184 ps dan tork 220 Nm, serta tiga mod pemanduan. Ia dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 65.7 kWj yang menyokong pengecasan pantas DC 80 kW dan mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 426 km berdasarkan piawaian NEDC.
Varian iWD pula menggunakan dua motor elektrik dengan kuasa 279 ps dan tork 385 Nm, dilengkapi sistem pacuan semua roda pintar, iWD, dengan 12 mod pemanduan berbeza. Secara standard, pembahagian torknya ialah 40:60 antara depan dan belakang. Bateri berkapasiti 69.8 kWj membolehkan jentera ranggi ini mencapai jarak sehingga 418 km (NEDC).
Reka Bentuk Lasak & Kompak




Dari segi ukuran, iCaur bersaiz 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar, 1,715 mm tinggi dan jarak roda 2,715 mm.
iCaur 03 hadir dengan gaya badan retro ‘kotak’ yang bukan sahaja menarik tetapi juga praktikal untuk menempuhi laluan off-road, dengan sudut sua (approach angle) 28° dan sudut pelepasan (departure angle) 32°.
Kabin Selesa dan Canggih




Walaupun kelihatan lasak di luar, bahagian dalam iCaur 03 sarat dengan teknologi moden dan ciri penting yang menjanjikan keselesaan. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen 15.6 inci, kluster meter digital 9.2 inci, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas, pendingin dan urut, pengecas tanpa wayar 50 watt, serta bumbung panoramik.
Ruang butnya yang berkapasiti 450 liter, boleh diperluas hingga 1,238 liter dengan melipat tempat duduk belakang.
Uji Keupayaan Off-Road di iCaur 03 iExperience



Untuk membuktikan kemampuan off-road sebenar, iCaur Malaysia menganjurkan acara iCaur 03 iExperience yang menampilkan empat cabaran unik:
- iSee-Saw: Tanjakan (ramp) curam yang meninggikan dua roda, menguji kekukuhan rangka dan keupayaan suspensi mengawal gandar.
- iSlide: Pendakian dan penurunan cerun curam yang menunjukkan kemampuan jentera mendaki kecuraman sehingga 55%. Sudut sua 28° dan pelepasan 32° direka untuk mengelak badan kenderaan tersangkut pada halangan curam.
- iSplash: Laluan air sedalam 400 mm yang mempamerkan keupayaan meredah air iCaur 03, yang mampu meredah ‘banjir’ sehingga 600 mm.
- iBreaker: Cabaran dengan penggelek (roller) yang menguji sistem pacuan semua roda pintar iWD untuk menghantar tork tepat ke roda yang memiliki cengkaman.
Aktiviti Off-Road untuk Semua


Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman memandu iCaur 03 di acara iExperience yang berlangsung bermula esok, 20 hingga 22 Jun, jam 10 pagi hingga 6 petang, di kawasan parkir Ground Floor (Old Wing), 1 Utama Shopping Centre. Selain trek off-road, pengunjung juga boleh melihat model iCaur 03 dan 03T dengan lebih dekat di ruang pameran interaktif iCaur Malaysia.
Baca: Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ramai Minat iCaur, Ada 1,800 Unit Di Malaysia
iCAUR Malaysia terus memecah rekod dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan apabila secara rasmi mencatatkan 1,800 unit kenderaan di jalan raya
16-03-2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat