ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Xpeng-800K-Milestone.jpg


Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.


Pada bulan Jun 2025, Xpeng mencatatkan penghantaran sebanyak 34,611 unit kenderaan, menjadikannya pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) keempat terbesar di China. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan tahunan (YoY) sebanyak 224%, dan merupakan kali kelapan berturut-turut Xpeng melepasi angka 30,000 unit penghantaran bulanan.


Jumlah penghantaran Xpeng bagi separuh pertama tahun 2025 kini mencapai 197,189 unit, lebih tinggi berbanding jumlah penghantaran penuh tahun 2024 sebanyak 190,068 unit. Dengan momentum positif ini, Xpeng dijangka akan mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak 380,000 unit pada tahun 2025.


Model Baharu Jadi Pemangkin Jualan


Xpeng-G7-EV-China-24.jpg6da514b8-0968-46d9-be6d-b4bd82bf4d0e_enhanced-1536x813c.jpgXpeng-G9-2025MY-China-15.jpg


Antara faktor utama kejayaan ini adalah model-model baharu yang dilancarkan, termasuk Xpeng G7 yang menerima lebih 10,000 tempahan hanya dalam beberapa minit selepas pelancaran. Selain itu, Xpeng turut memperkenalkan versi 2025 untuk model SUV elektrik G6 dan G9. G6 dijangka membuat penampilan sulung di Malaysia tahun ini.


Xpeng-Mona-M03-Max-China-12.jpg2025-Xpeng-X9-20.jpgXpeng-P7-Plus-China-18.jpgXpeng-P7i.jpg


Kini, Xpeng mempunyai tujuh model dalam portfolionya, termasuk sedan Mona M03, P7+, P7i dan MPV X9.


Pelan Masa Depan: Extended-Range EV (EREV)


Tidak terhad kepada kenderaan elektrik bateri sahaja, Xpeng juga merancang untuk memasuki pasaran extended-range EV (EREV). CarNewsChina mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya lima model EREV akan dilancarkan, merangkumi sedan dan SUV. Dua daripada model ini ialah G6 dan P7 versi EREV. 


Peluasan Pasaran & Perkhidmatan Selepas Jualan


Xpeng-G9-2025MY-China-16.jpg


Selain fokus kepada jualan, Xpeng juga merancang untuk memasuki beberapa pasaran  baharu tahun ini. Sasaran mereka adalah untuk memperluaskan kehadiran ke 60 negara dan wilayah menjelang hujung tahun ini, termasuk pembukaan lebih 300 pusat servis selepas jualan di luar negara.


Xpeng-G7-EV-China-11.jpg


Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh He Xiaopeng, Xpeng dianggap sebagai antara syarikat NEV pertama di China yang memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan kenderaan tenaga baharu. Model pertama mereka, Xpeng G3, mula dikeluarkan secara besar-besaran pada Disember 2018, sebelum syarikat Xpeng disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) pada tahun 2020.

Baca: SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

12-01-2026
EV

10-11-2025
EV

04-11-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Kereta Baru

24-09-2025

Berita Terkini

EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.