Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus yang menggunakan talaan Mercedes-AMG GT63S E Performance "melahirkan" sebuah model yang dikenali sebagai Brabus 1000 dimana ia mampu menghamburkan kuasa cukup mengagumkan iaitu setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.
Ia menggunakan enjin V8 petrol 4.0 liter dwi-turbo AMG, namun dinaik taraf kepada lebih 4.4 liter berikutan pembesaran diameter silinder kepada 84 mm. Selain menggunakan piston baru, Brabus ini turut dilengkapi dengan crankshaft aluminium jenis billet sepanjang 100 mm


Dengan sistem pacuan semua roda (AWD) AMG, Brabus 1000 mampu memecut 0-100 KM/J dalam hanya 2.6 saat, berbanding 2.8 saat pada versi asal. Sebagai perbandingan, McLaren W1 mengambil masa 2.7 saat.
Bagi pecutan dari 0-200 km/j pula, ia mampu memecut hanya dalam masa 9.5 saat manakala 0-300 km/j dalam masa 23.6 saat. Biarpun kuasanya tingkatkan, Brabus masih mengekalkan disiplin dengan menghadkan kelajuan maksimum secara elektronik kepada 320 km/j.

Dari segi kawalan, Brabus 1000 dilengkapi dengan kit aerodinamik hasil ujian terowong angin termasuk sayap belakang tetap, canard hadapan, splitter hadapan serta diffuser belakang.
Bagi roda, model ini menggunakan rekaan Monoblock Z 10-jejari khas Brabus bersaiz 21 inci (hadapan) dan 22 inci (belakang), digandingkan dengan sistem suspensi boleh laras tinggi dan spring sport yang dibangunkan bersama KW.

Menejngah bahagian kabinnya, Brabus 1000 tampil dengan balutan kulit hitam bermotif quilted yang meliputi bahagian tempat duduk, karpet lantai, hingga ke pelapik ruang but.
Menambahkan sentuhan eksklusif, terdapat trim gentian karbon dengan nombor ‘77’ terukir iaitu merujuk kepada tahun penubuhan Brabus pada 1977.
Adakah anda teruja dengan versi ekstrem Brabus ini? Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3253
SELANGOR
BSR6274
JOHOR
JA3589J
PULAU PINANG
PSD8160
PERAK
APJ8664
PAHANG
CFH1740
KEDAH
KGH1243
NEGERI SEMBILAN
NEK9350
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Brabus Rocket GTC – Sebuah 'Hyper Gran Turismo Cabrio' Capai 986 HP
Brabus, firma talaan terkenal dari Jerman, memperlihatkan hasil rekaan terbarunya yang dibangunkan berdasarkan model Mercedes-AMG SL Roadster semasa acara Monterey Car Week baru-baru ini.
25-08-2025
Pulau Brabus Dibina Di Abu Dhabi – 350 Apartmen & 100 Vila Mewah Cecah RM35 Juta Seunit
Brabus kini sedang membina sebuah pulau eksklusif khas untuk golongan ‘ultra’ kaya dengan pembinaan Brabus Island yang kini sedang dibangunkan di kawasan tepi laut.
05-05-2025
smart #5 Brabus EV Paling Berkuasa Jenama Setakat Ini Diperkenalkan
Selepas lebih setengah tahun sejak pengenalan rasmi model terbesarnya, smart #5, akhirnya jenama ini tampil dengan versi paling berkuasa setakat ini, smart #5 Brabus.
11-04-2025
Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB
smart Malaysia bakal membuka pusat pengedar kedua di Johor Bahru pada suku keempat tahun ini.
14-08-2024
smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!
Versi pengeluaran untuk smart #5 telah didedahkan di China lebih awal daripada hari kemunculan rasminya. Ini spesifikasinya...
14-06-2024
Tahniah Proton, Jenama Yang Tetap Di Hati Orang M'sia
PROTON bersama anak syarikatnya PRO-NET, meraikan pencapaian luar biasa baru-baru ini.
09-05-2024
Brabus Pertontonkan Model Off-Road Yang Gagah Dan Mewah: 900 XLP 'One Of Ten'
Brabus kini tambil dengan sebuah supercar, 900 XLP 'One Of Ten', ini perinciannya.
29-05-2022
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat