BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000
![]()
BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan. Satu varian ditawarkan pada harga bermula daripada RM100,000.
Ciri Mekanikal BYD Atto 2

Dipacu oleh platform e-Platform 3.0 terkini BYD, model yang dikenali sebagai Yuan Up di China ini ditawarkan dengan satu pilihan sistem elektrik iaitu dengan bateri LFP ‘Blade’ berkapasiti 51.13 kWj yang boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 410 km (NEDC) atau 350 km (WLTP).
Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC 7 kW dan DC 82 kW. Menggunakan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 30% ke 80% adalah kurang daripada 30 minit.
SUV elektrik ini dikuasakan oleh motor elektrik depan yang menghasilkan 174 hp (130 kW) dan tork 290 Nm. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.9 saat, cukup lincah untuk kegunaan harian.
Rekaan & Kelengkapan BYD Atto 2


-full.jpg)


Kenderaan elektrik (EV) terbaru daripada BYD ini diposisikan di antara model hatchback Dolphin dan SUV Atto 3. Dari segi dimensi, model ini berkepanjangan 4,310 mm, lebar 1,830 mm, tinggi 1,675 mm dengan jarak roda 2,620 mm.






Walaupun bersaiz kompak, Atto 2 menawarkan ruang kabin yang luas serta sarat dengan pelbagai ciri teknologi moden.


Model ini dilengkapkan dengan skrin infotainmen 12.8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, terdapat kluster instrumen digital 8.8 inci dan bumbung panoramik besar untuk pencahayaan semula jadi.
Atto 2 untuk pasaran Malaysia diberikan tempat duduk dalam balutan kulit sintetik dan hadir dengan ciri pengudaraan.


Kelihatan kompak dari luar, tetapi cukup praktikal. Atto 2 menawarkan ruang but berkapasiti 400 liter yang boleh diperluaskan hingga 1,340 liter apabila kerusi belakang dilipat.
Sarat dengan ciri canggih, Atto 2 hadir dengan pengecas tanpa wayar 50W, sistem NFC, kunci digital, kamera panoramik 3D lutsinar, TPMS dan sistem ADAS Tahap 2 termasuk ACC, ICC, AEB, LDA, FCW, RCW dan lain-lain.
Harga Jualan, Jaminan & Pakej Menarik

BYD Atto 2 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Ski White, Harbour Grey danBreeze Green, dijual pada harga hanya RM100,000 termasuk pakej waranti yang berikut:
- Waranti Kenderaan: 6 Tahun / 150,000 km
- Waranti Bateri EV: 8 Tahun / 160,000 km & 70% SoH
- Waranti Unit Pacuan: 8 Tahun / 150,000 km

Setiap pembelian didatangkan dengan adapter vehicle-to-load (V2L) dan kabel pengecas 3-pin type-2 secara percuma.
Istimewa untuk 800 pelanggan pertama yang membuat tempahan, ansuran RM0 selama 6 bulan melalui bank panel Sime Motor. Bagi pemilik rumah bertanah (landed), akan menerima Wall Box secara percuma.

Manakala pemilik rumah di bangunan bertingkat (high-rise) di kawasan terpilih pula layak untuk mendapatkan langganan Sime Platinum 4+ oleh Power-Up selama 12 bulan, yang termasuk 4 kali servis pengecasan mudah alih ke pintu setiap bulan (80%), 2 kali cucian kereta sebulan, serta 2 kali servis penyelamatan EV percuma sepanjang tahun.
Pandu Uji BYD Atto 2

Tertarik? Jom pandu uji model ini di Heritage Valley, Kuala Lumpur bermula esok, 25 hingga 27 Julai.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

