Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu.
Perkembangan positif ini membuktikan rakyat bukan sahaja cukup berminat dengan model terbaharu itu sebaliknya bahang jenama Chery semakin terasa dalam pasaran Malaysia kerana menawarkan model-model yang cukup moden, canggih dan yang penting ditawarkan pada harga mampu milik.

Sebelum ini, pendaftaran minat (ROI) untuk Tiggo Cross telah dibuka sejak Mei sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ketika itu, Chery berjanji untuk menghantar 500 unit pertama menjelang Ogos.
Nampaknya, dengan momentum tempahan yang terus meningkat, sasaran jualan Tiggo Cross dilihat akan menjangkaui dengan mudah.


Bagi yang terlepas pandangan, Chery Tiggo Cross ditawarkan dalam dua varian: Tiggo Cross Turbo (RM88,800) dan Tiggo Cross Hybrid CSH pula (RM99,800).

Kedua-dua varian ini sebenarnya dipasang secara tempatan di kilang Inokom di Kulim, Kedah.
Selain harga yang kompetitif, pakej jaminan dan selepas jualan yang ditawarkan juga sangat menarik. Khususnya bagi varian hibrid, ia dilengkapi jaminan berasingan selama 8 tahun atau 160,000 KM untuk komponen elektrifikasi, selain jaminan kenderaan standard selama 7 tahun atau 150,000 KM dan perkhidmatan tunda tanpa had selama 7 tahun.
Lebih menarik, Chery turut memberikan pakej servis percuma selama 2 tahun kepada 2,000 tempahan pertama yang dibuat sebelum 30 September.


Untuk Tiggo Cross 1.5 Liter Turbo, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 147 PS dan 210 Nm. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 10.3 saat tetapi dengan kuasa Sporty.
Jika dibandingkan dengan varian Hybrid pula, ia disumbat dengan enjin 1.5Liter N/A dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 96 PS dan tork 120Nm. Dengan adanya motor elektrik di hadapan, ia mampu menghasilkan kuasa 204 PS, 310 Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear khas untuk enjin hibrid (DHT). Varian ini pula jika menggunakan mod Sport, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.9 saat.
Selain harganya yang berpatutan, bagi penulis, ia adalah sebuah kenderaan yang cukup sarat dengan ciri keselamatan, moden dan yang penting, ia menawarkan pemanduan yang cukup mantap! Satu lagi jika anda memilih varian hybrid, ia mungkin satu pilihan tepat kerana ia menawarkan jarak gerak sehingga 1,000 kilometer.
Walaupun Chery belum mendedahkan pecahan tempahan antara varian turbo dan hibrid, besar kemungkinan varian hibrid menjadi penyumbang utama permintaan kerana ia merupakan SUV hibrid segmen B paling mampu milik di negara ini. Malah, harganya lebih rendah RM42,100 berbanding HR-V e:HEV, selain menawarkan jarak pemanduan yang agak jauh.
Dengan minat yang terus meningkat dan tempahan yang bertambah, Chery Malaysia dilihat berpotensi menjadi pemain volum sebenar dengan model Tiggo Cross.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat