- Berita
- Kereta Baru
- Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900
Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900

MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD yang kini ditawarkan pada harga bermula RM299,900.
Penawaran ini memberikan rakyat Malaysia akses yang lebih mudah untuk memiliki roadster elektrik pertama di duniayang menampilkan elektrik scissor doors serta reka bentuk yang mencuri tumpuan.



Dikuasakan sepenuhnya oleh motor elektrik yang menjana 340PS dan 475 Nm tork, MG Cyberster pacuan roda belakang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5 saat.
Bateri berkapasiti 77kWh menyediakan jarak pemanduan sehingga 508km dan menyokong pengecasan pantas DC daripada 10 hingga 80% dalam hanya 38 minit.
Kereta ini turut dilengkapi roda aloi 19-inci dan angkup brek Brembo memberikan keyakinan dan kawalan yang sepadan dengan prestasinya.
Kedua-dua varian MG Cyberster RWD dan 4WD menampilkan siluet rendah yang anggun dengan rekaan ekor gaya Kammback, lampu belakang LED berbentuk anak panah, serta kabin berinspirasikan perlumbaan yang dipadankan dengan kemasan kulit, sisipan Alcantara, dan sokongan lumbar yang dipertingkatkan.

Di bahagian dalam, pemandu disambut dengan susunan tiga skrin utama yang merangkumi paparan digital pemandu 10.25-inci, dua skrin tambahan 7-inci, dan skrin sentuh infotainmen bersaiz 7-inci.


MG Cyberster ditawarkan dalam empat warna luaran menarik – Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow dan English White. Dynamic Red dan Camden Grey digandingkan dengan dalaman hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White hadir bersama dalaman kelabu.
Untuk sentuhan lebih menonjol, bumbung lembut berwarna merah ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada harga RM2,000 berbanding warna hitam standard.

Lebih menarik ia didatangkan dengan Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MG Cyberster":
- 7-tahun atau 150,000km Waranti Perbatuan Pada Kenderaan
- 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi
- 8-tahun atau 160,000km Waranti Perbatuan Pada Pacuan Motor dan UnitKawalan Motor
- 1-tahun Pengecasan Tanpa Had dengan JomCharge dan Fungsi Pengecasan Automatik
- Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW 1
Pengumuman Harga MG Cyberster serba Baharu Harga MSRP (sebelum yuran pendaftaran, tanpa insurans) untuk MG Cybersterserba baharu ialah
- MG Cyberster RWD is RM299,900
- MG Cyberster 4WD is RM319,900


Jika berminat, anda berpeluang menyaksikan sendiri MG Cyberster RWD serba baharu di siri jelajah MG Motor Malaysia “Dare to Love” yang akan berlangsung di 1 Utama (Old Wing), Ground Floor Centre Court, bermula dari 9 hingga 13 Julai 2025, pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Pelanggan yang membuat tempahan bagi MG Cyberster sepanjang acara ini akan menerima pakej pengecasan tanpa had selama satu tahun melalui JomCharge lengkap dengan fungsi AutoCharge, pengecas AC Wallbox 7kW percuma 2 , serta model diecast MG Cyberster edisi terhad dan eksklusif .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1854
SELANGOR
BSN9734
JOHOR
JYU4127
PULAU PINANG
PSB2566
PERAK
APG4843
PAHANG
CFG1471
KEDAH
KGF1826
NEGERI SEMBILAN
NEJ9761
KOTA KINABALU
SJR2757
KUCHING
QAB5238N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
MG Cyberster Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM350K
MG Cyberster sudah boleh ditempah dimana harga anggarannya cuma di bawah RM350,000.
24-10-2024
MG Cyberster Didedah, Mungkin Lancar Tahun Ini
SAIC Motor turut membuat kejutan kepada media apabila membawa masuk MG Cyberster semalam.
23-08-2024
Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road
Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.
15-07-2025
Harga MGS5 EV: Kini Bermula Daripada RM107,900
Harga baharu MGS5 EV kini bermula daripada RM107,900.
27-10-2025
Perhatian: MG4 Turun Harga, Pelanggan Kini Boleh Jimat Hingga RM28,000
MG Motor Malaysia menetapkan harga baharu untuk model hatchback elektrik paling hangat di pasaran, MG4 semalam.
02-10-2025
Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900
MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.
18-06-2025
MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka
MG Motor mendedahkan imej teaser model terbaharunya, MG S5 elektrik.
04-04-2025
Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif
MG Motor Malaysia menawarkan penjimatan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri.
07-03-2025
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat