Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru. Dikenali sebagai Ferrari 296 GT3 Evo, ia diperkenalkan secara rasmi semasa perlumbaan ketahanan 24 Jam Spa-Francorchamps minggu lalu, menjelang kemunculan pertamanya dalam perlumbaan tahun depan.
Ciri Aerodinamik Ferrari 296 GT3 Evo Lebih Baik Daripada Biasa

Menurut Ferrari, model Evo ini menerima pelbagai peningkatan penting terutamanya dari segi aerodinamik yang menjanjikan prestasi lebih kompetitif dalam pelbagai keadaan. Bahagian bonet hadapan kini menampilkan komponen ambilan udara yang 20% lebih besar untuk penyejukan brek hadapan yang lebih efektif, manakala profil hadapan direka semula untuk kestabilan yang lebih baik.




Rekaan juga merangkumi dua komponen ambilan udara NACA pada bahagian bawah kenderaan untuk menambah penyejukan pam stereng. Selain itu, lubang udara pada lengkungan roda diilhamkan daripada model LMGT3, bersama splitter hadapan dan diffuser belakang yang lebih menonjol serta saluran masuk baharu untuk meningkatkan daya kestabilan (downforce). Spoiler belakang pula kini dilengkapi mekanisme pelarasan pantas.
Ciri Mekanikal Ferrari 296 GT3 Evo

Di sebalik badan karbon jentera ini, enjin V6 3.0 liter turbo kembar 120 darjah yang menghasilkan 600 hp dan 710 Nm diposisikan sedikit ke hadapan dan dimiringkan dua darjah untuk menurunkan pusat graviti dan meningkatkan ketegaran kilasan (torsional rigidity). Ini juga memberi ruang untuk diffuser belakang yang lebih besar.
Ferrari turut menambah baik transmisi berurutan (sequential) enam kelajuan untuk penyaluran tork lebih lancar pada kelajuan rendah dan tinggi. Suspensi hadapan dan belakang juga diubah suai bagi mengurangkan beban pada komponen penyerap hentakan, sekali gus meningkatkan ketahanan jentera.
Kabin Sporty Tetapi Selesa


Ruang pemandu mengekalkan konsep perlumbaan dengan stereng yoke gaya F1 yang dilengkapi pelbagai butang dan dail, serta sistem sangkar keselamatan penuh. Untuk keselesaan pemandu dalam perlumbaan ketahanan, sistem pendingin hawa Evo dipertingkat dengan tambahan kipas bagi penyejukan lebih efektif.
Perlumbaan Pertama Dan Kemas Kini Untuk Pelanggan Sedia Ada

Ferrari 296 GT3 Evo dijangka membuat penampilan dalam perlumbaan pertamanya pada 2026, selepas proses homologasi dan penambahbaikan aerodinamik terakhir diselesaikan. Semua peningkatan ini juga akan ditawarkan sebagai kit naik taraf kepada pemilik 296 GT3 sedia ada.
Rekod Kejayaan Ferrari 296 GT3


Hanya dalam tempoh dua tahun, Ferrari 296 GT3 telah mencatatkan banyak kejayaan di pelbagai siri perlumbaan global, termasuk dua kejayaan podium pada edisi ke-77 perlumbaan ketahanan 24 Jam Spa-Francorchamps baru-baru ini.

Baca: Jazeman Jaafar Umum Bakal Beraksi Dalam Shanghai 8 Hours
Baca: Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge